PERIKSA BAKI CUKAI ANDA di e-LEJAR

Rata-rata pembayar cukai ingin tahu cara menyemak berapakah jumlah baki tunggakan cukai yang masih ada atau yang belum dijelaskan atau jumlah lebihan cukai terkini yang telah dibayar.

Laman portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menyediakan perkhidmatan atas talian ini di alamat sesawang seperti di sini https://ez.hasil.gov.my

Pembayar cukai hanya perlu memasukkan nombor rujukan sama ada nombor kad pengenalan, nombor pasport atau bagi mereka yang bekerja sebagai anggota keselamatan negara seperti polis dan tentera, mereka boleh memasukkan nombor anggota masing-masing.

Setiap pembayar cukai yang telah mengakses ke atas e-Lejar ini dapat menyemak dan menentukan butiran peribadi seperti alamat dan akaun bank yang telah direkodkan dengan betul dan terkini oleh LHDNM di dalam data tersebut.

 

Selepas itu, pilihan boleh dibuat di e-Lejar seperti gambar di bawah.

 

Bahagian perkhidmatan e-Lejar ini akan memaparkan ringkasan baki mengikut jenis lejar individu tersebut sama ada cukai pendapatan individu atau cukai pendapatan syarikat. Paparan baki cukai akan dinyatakan di bahagian ini.

Selain itu e-Lejar juga akan memaparkan maklumat terperinci transaksi Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang telah dibayar kepada LHDNM setiap bulan dan jumlah terkumpul cukai yang telah dibayar bagi tahun tersebut.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang rasmi LHDNM di http://www.hasil.gov.my/ atau menghubungi Hasil Care Line di nombor 1-800-88-5436 (LHDN).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *