Misteri Kemunculan Budak Lelaki Berseluar Dalam Timbul Kebimbangan

Misteri kemunculan seorang budak lelaki berseluar dalam di Kent, England menimbulkan tanda tanya dan kebimbangan penduduk tempatan.

Ia susulan laporan yang diterima polis mengenai seorang kanak-kanak bertindak mengetuk pintu rumah untuk meminta pertolongan.

Pegawai polis menyiasat mengenai budak lelaki yang berusia 12 tahun memakai seluar dalam pada malam Selasa di Hythe, dekat Folkestone.

Kanak-kanak itu dikatakan berlari dari rumah seorang penduduk ke tengah hujan selepas mengetuk pintu dan meminta bantuan.

Budak berkenaan digambarkan mempunyai kulit sawo matang dan berambut warna gelap.Namun, kewarganegaraannya tidak dikenal pasti.

Difahamkan dia berbahasa Inggeris semasa bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dipercayai pasangan warga emas sebelum budak lelaki itu melarikan diri.

Bagaimanapun, polis kini sedang menjalankan siasatan mengenai kanak-kanak itu.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *