“Lebih Baik Kerja Di Ladang” – Pochettino

MAURICIO Pochettino menolak untuk berpindah Real Madrid.

Malah pengurus Tottenham Hotspur itu mendedahkan  dia sanggup bekerja di ladang daripada menguruskan Arsenal atau Barcelona.

Pengurus Zinedine Zidane kini berada dalam tekanan berikutan prestasi skuadnya.

Pada November lalu, Sportsmail mendedahkan bos Spurs itu menjadi pilihan pertama jika Zidane dipecat.

Bagaimana Pochettino mahu memberi fokus hanya kepada Spurs.

Zinedine Zidane

“Kamu tidak tahu apa yang berlaku dalam bola sepak,” katanya.

Jurulatih kelahiran Argentina itu merupakan anak kepada seorang peladang memberitahu, tiga kelab yang dia akan elakkan.

“Saya tidak akan menjadi pengurus di Barcelona atau Arsenal kerana minat saya di Tottenham dan Espanyol.

“Saya membesar dengan Newell’s Old Boys dan tidak akan menguruskan (pesaing) Rosario Central.

“Ini adalah keputusan saya. Saya lebih rela bekerja ladang di Argentina daripada tempat lain.”

Tambah Pochettino, komitmennya di kelab sangat besar.

“Saya suka bekerja dan seperti akan berada di sini selama-lamanya. Tetapi anda semua pun tahu.

“Terlalu banyak khabar angin. Esok, mungkin (pengerusi) Daneil Levy akan mendapat mimpi buruk dan memberitahu, “Oh saya akan memecat Mauricio“.

“Dan saya juga yang akan kelihatan bodoh kerana memberitahu  tidak akan ke mana-mana.

“Ia satu situasi yang tidak boleh dijangka. Bukan sahaja kamu. Ia adalah mengenai keputusan, idea dan pengerusi…”.

Arsene Wenger

Dalam pada itu, Pochettino mengingatkan kepada bos Arsenal supaya berhenti bercakap mengenai Spurs yang belum memenangi trofi.

“Bola sepak bukan hanya untuk menang trofi, ia adalah situasi yang membezakan antara satu kelab dengan kelab lain. Saya hormati (Arsene) Wenger, tetapi dia perlu bercakap mengenai Arsenal sahaja.

“Dia antara pengurus yang hebat, tetapi setiap orang melakukan kesilapan dan dia silap kerana bercakap tentang kami.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *