Kereta ‘Cat-Dog’ Tular Serata Dunia

 Kereta berkepala dua yang menyerupai animasi ‘Cat-Dog’ tular di serata dunia apabila kemunculannya di sekitar Sukajadi, Bandung berjaya dirakam orang ramai.

Menurut portal berita Detikoto, kereta tersebut direka oleh seorang mekanik Indonesia, Roni Gunawan, yang turut menambah kenderaan tersebut direka bukanlah untuk kegunaan harian.

“Saya memotong dua bahagian kenderaan dan mencantumkan pada bahagian hadapan sahaja.

“Kos penyelenggaraan yang diperlukan untuk memodifikasi kenderaan ini adalah sekitar 60 juta Rupiah (RM17,645),” ujarnya.

Kenderaan ciptaan Roni, 71, dilihat sangat kreatif dan ‘gila’ tambah-tambah lagi belum pernah ada mana-mana individu yang cuba tampil menghasilkan rekaan yang sama.

“Selain memiliki dua nombor plat, kereta itu tetap mengekal dua enjin, dua transmisi dan dua pedal pada bahagian hadapan masing-masing,” ujar Roni.

Walau bagaimanapun menurut portal Detikoto yang memetik laporan The Sun, kereta berkenaan telah ditahan oleh polis tempatan kerana tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan.

Channel News Asia turut melaporkan seorang anggota polis Indonesia, Hilman Rawalasi mendakwa kereta itu telah melanggar peraturan lalu-lintas termasuk tidak menggunakan lampu isyarat dan lampu keselamatan dengan betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *