Gara-gara Tak Puas Hati Lori Bunyikan Hon, Kaki Lelaki Hancur Digilis

Ingin membalas dendam namun lain pula jadinya.

Dilaporkan kaki kanan seorang lelaki hancur digilis lori tangki minyak dekat persimpangan Jalan Tasek Alai di Segamat awal minggu ini.

Nahas itu berlaku susulan pembonceng motosikal yang tidak berpuas hati dengan hon lori itu, lalu mengejarnya dan mahu membuka pintunya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Dalam kejadian di Jalan Seremban-Segamat pada 4.45 petang Isnin, malangnya lelaki itu terjatuh lalu kaki kanannya digilis tayar depan hingga hancur.

Ketua polis daerah Segamat Supt Raub Selamat mangsa yang “belum dikenal pasti identitinya” sedang dirawat di Hospital Daerah Segamat.

Beliau turut menepis dakwaan nahas itu akibat cubaan samun. Klip video selama 31 saat motosikal itu digilis turut menular di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *