Unta Pakai Botox Dibatalkan Sertai Pertandingan Di Arab Saudi

Lucu juga bila mendengarkan kisah yang satu ini. Dikatakan dua belas ekor unta yang dimasukkan ke dalam pertandingan kecantikan haiwan itu di Arab Saudi didapati menggunakan botox.

Ini sekaligus menyebabkan penyertaan haiwan tersebut terbatal bagi pertandingan yang menawarkan hadiah keseluruhan USD57 juta itu.

Berikutan itu, haiwan terbabit dikeluarkan daripada Festival Unta Raja Abdulaziz dekat Riyadh kerana melanggar syarat pertandingan.

Menurut Daily Mail, hadiah yang mahal untuk festival 28 hari itu menyebabkan ada peserta yang cuba menipu menyebabkan penganjur menggariskan peraturan baru tahun lalu.

“Unta yang dikesan mempunyai kesan dadah pada bibir, dicukur, diwarnakan di sebarang bahagian atau diubah bentuk asalnya tidak dibenarkan,” kata peraturan itu.

Selain unta cantik, haiwan itu turut dipertandingkan dalam dalam kategori lain, termasuk lumba lari, mematuhi arahan, seni dandanan rambut dan gambar tercantik.

Ketua hakim pertandingan itu, Fawzan al-Madi, memberitahu Reuters: “Unta ialah simbol Arab Saudi.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *