Tak Sempat Makan Mangga, Lelaki Maut Direnjat Elektrik

Hasrat lelaki mahu makan buah mangga terkubur apabila dia maut terkena renjatan elektrik ketika mengait buah berkenaan yang pokoknya terletak bersebelahan kabel elektrik bervoltan tinggi.



Foto: BH Online



BH Online melaporkan kejadian berlaku di halaman sebuah rumah di Jalan Langkawit, Kampung Benoni, Papar, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.


Ketika kejadian, mangsa dipercayai mengait buah mangga sebelum galah batang aluminium digunanya terkena kabel elektrik.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Janil Jaya mengesahkan kejadian berkata, Madius Tandurung, 53, bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat kuari di kawasan berhampiran.

“Berdasarkan maklumat daripada rakannya, mangsa menyatakan hasrat untuk makan buah mangga dan terus ke lokasi untuk mengait buah berkenaan.

“Selepas kira-kira sejam tidak pulang ke tempat kerja, rakannya hairan sebelum mereka ke lokasi kejadian dan menemui mangsa terbaring di atas rumput,” katanya.


Rakan mangsa kemudian menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan, namun difahamkan mangsa sudah meninggal dunia ketika anggota tiba di lokasi. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *