Polis Nafi Terima Laporan Farid Kamil

Semalam, pelakon dan pengarah Farid Kamil telah memuat naik fotonya bersama satu laporan polis yang berlatarkan Balai Polis Mutiara Damansara, Selangor. 


Bersama muat naik tersebut dia turut menyatakan akan berjuang demi nasib orang teraniaya serta meminta peminat mendoakan yang terbaik untuknya.


Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor telah melakukan pemeriksaan dan menafikan menerima laporan polis di mana-mana balai polis di bawah pentadbiran ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. 


Namun begitu menjelaskan, Farid kamil pernah membuat laporan di Balai Polis Brickfields pada 18 Januari lalu bagi tujuan mengambil barang di rumahnya. 


Laporan polis itu bagaimanapun hanya menimbulkan spekulasi lain bahawa rumahtangganya dengan isteri, Datin Diana Danielle benar-benar bermasalah.


Fadzil Zahari iaitu adik kepada Farid Kamil telah dihubungi oleh Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan tetapi enggan mengulas lanjut.

“Maaf, saya tidak boleh cakap apa-apa buat masa sekarang,” katanya dipetik daripada Harian Metro.


Menurut sumber yang dipercayai, dalam laporan polis 18 Januari itu, Farid memohon untuk membenarkan adiknya, Anis Anwar Zahari memasuki kediamannya di Casa Tropicana, Damansara untuk mengambil barang peribadinya.


Sebelum ini, Fadzil tidak menolak kemungkinan abangnya mengalami masalah mental atau tekanan perasaan kerana rindukan anaknya, Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3. 


Perkara itu diluahkan Farid ketika bertemu Fadzil tiga hari sebelum ditahan kerana menampar petugas di Balai Polis Kota Damansara pada 4 Januari lalu dan direman empat hari bagi membantu siasatan. Ketika itu Farid mengadu sudah lama tidak berjumpa dengan anaknya tetapi dinafikan Diana dan juga ibunya, Norsiah Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *