Nepotisme Kronisme Amalan Mahathir, Anwar Dan Kit Siang

1998, Tahun serangan yang dilakukan terhadap Mahathir  bertali arus oleh DAP dengan pelbagai gelaran oleh DAP susulan tindakan pemerintahan yang diamalkan Mahathir yang paling korup dalam sejarah pentadbiran Negara.

Serangan yang dilihat tiada berkesudahan sehingga terputusnya nyawa dari jasad Mahathir. DAP terus melancarkan serangan dari segenap sudut hingga kepada penglibatan ahli keluarga Mahathir dalam mengaut kekayaan Negara.

Jika kita imbas kembali, apa yang tiada disebut oleh DAP terhadap Mahathir, sehingga tahap , perompak, pernyamun , mahazalim  dan sebagainya.

Begitu juga dengan Mahathir membalas serangan DAP dengan pelbagai gelaran yang menampakkan sikap DAP yang sebenarnya dalam menipu rakyat Malaysia  demi untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada rakyat.

Jika dahulu,  pergerakan reformasi Anwar Ibrahim dan Malaysian Malaysia yang menjadi agenda kedua buah parti itu menjadi teras perjuangan masing-masing. Kit Siang dan Anwar Ibrahim sudah tiada sempadan mahu menjatuhkan Mahathir dalam apa cara sekali pun.

Mahathir, menurut Anwar dan  Kit Siang adalah  seorang yang mengamalkan dasar pemerintahan yang menggunakan kaedah kuku besi , mangamalkan kronisme , ketagih projek-projek mega raksaksa  demi kepentingan keluarga dan rakan karibnya.

Bukan itu sahaja  Mahathir yang juga  mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa yang membebankan rakyat dan Negara. Dasar Mahathir ini telah banyak merugikan rakyat yang ketinggalan dari arus pembangunan yang amat ketara sekali.

Kit Siang dan Anwar melaungkan perjuangan yang dikatakan untuk rakyat, menggunakan nama rakyat agar dilihat sebagai pejuang politik yang peka dengan permasalahan rakyat, ingin membela rakyat  dalam apa keadaan sekali pun  juga sama seperti Mahathir.

Sikap sebenar yang disembunyikan  agar tidak terbongkar  agenda yang sama seperti Mahathir dipegang ketat agar rakyat “buta akal dan penglihatan” dan hanya melihat Mahathir sahaja yang melakukannya.

Reformasi dialunkan dengan berkobar-kobar dimana Masjid Negara menjadi saksi limpahan beratus ribu rakyat melaungkan agar Mahathir diundurkan dari arus politik perdana. Semua itu hanya lipatan sejarah politik dalam Negara.

Kini reformasi sudah tidak bermaya berhadapan dengan Mahathir dalam Pakatan mereka dan api perjuangan yang berkobar-kobar dahulunya telah menjadi “reformati” . Reformasi yang diperjuangakan selama ini telah menemui jalan mati dan berkubur tanpa agenda nya yang dahulu.

Bagi puak Lim Kit Siang pula, DAP tidak lagi melaung-laungkan prinsip perjuangan mereka untuk sebuah negara demokrasi sosialis berdasarkan prinsip sama-rata, hak asasi dan keadilan sosial atas landasan Malaysian Malaysia.

Mengubah agenda perjuangan mengikut situasi semasa, kedua buah parti ini telah menggunakan rakyat dalam semua lapisan masyrakat untuk berjuang sehingga  rakyat sanggp bermandi darah djalanan hanya kerana untuk sebuah perjuangan yang menuntut kehidupan sama rata dan bebas dari cengkaman Mahathir.

Bagi Anwar dan reformasi, golongan dan lapisan pemuda idealistik yang inginkan perubahan menjadi sasaran mereka. Mengembeling tenaga menarik seberapa banyak  golongan akademik  memberikan sokongan terhadap perjuangan yang tiada berkesudahan ini.

Dorongan dan hasutan telah menyebabkan ramai yang mendapat pendidikan agama, yang berdakwah dan percaya pada nilai-nilai murni dan dahagakan nilai-nilai suci tidak sanggup melihat negara ini terus dibelenggukan dengan pemerintahan Mahathirisme yang bakal memufliskan Negara.

Begitu juga yang telah  disamakan dengan segala kekejaman, kezaliman dan keridakadilan semasa Mahathir. Bagi Kit Siang dan Anwar Mahathir adalah bapa kepada segala bentuk kekejaman yang perlu dihapuskan sama sekali. Sekali lagi nama rakyat digunakan.

Pelengkapnya, jika Anwar menarik  sokonga dari pelbagai golongan, maka tidak kurang pula peranan Kit Siang yang terus mempromosikan dasar-dasar  yang dinamakan keadilan dengan berusaha dan nekad menyatakan bahawa Negara ini memerlukan satu dasar yang sama rata , sama taraf untuk semua rakyat.

DAP menyuntik jarum jarum perkauman dengan  mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan rasmi agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan. Dalam hal ini  DAP mesti mencari satu subjek untuk sipersalahkan dalam politik yang boleh menyebabkan perpecahan dapat dilakukan.

Perpecahan ini bukan sahaja dari bangsa Melayu malah DAP juga telah mengaitkan parti parti politik yang lain seperti MCA dan MIC dengan memainkan sentiment kebertanggunjawaban  membela kaum masing masing.

MCA. MIC dan kaum yang lain mula difokuskan sebagai bahu yang seharusnya  dipersalahkan, dipersendakan dan di hina. MCA dilihat sebagai parti yang berdosa pada orang Cina, MIC pula dipersalahkan kepada kaum India dan  etnik-etnik lain juga dipersalahkan kerana menggadaikan hak mereka dan bersetuju dengan keistimewaan orang Melayu dan pribumi Sabah/Sarawak

Mahathir dilakar sebagai seorang diktator yang tidak demokratik dan MCA. MIC pula dituduh sebagai parti pencacai yang ingin menjawat kedudukan Menteri sehingga sanggup mengenepikan hak samarata orang Cina dan kaum lain dengan orang Melayu.

Itulah cerita dahulu, sekarang Mahathir sudah bersama mereka setelah berumur 93 tahun, yang masih gilakan kuasa dan kekayaan, Mahathir yang kini dilihat mengamalkan dasar dasar kebencian dan melihat Najib adalah subjek utama yang mesti ditumbangkan.

Perkara yang sama berlaku dizaman Mahathir dimana Anwar dan Kit Siang meyerang  Mahathir. Sekarang  Mahathir iaitu orang yang paling dibenci Anwar dan Kit Siang sedang bersama sama untuk menumbangkan Najib pula.

Hari ini segala-galanya menjadi nyata dan hati sebenar pemimpin-pemimpin ini terbongkar. Rupa-rupanya Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim cuma bermain politik dan mempermainkan penyokong-penyokong mereka semata-mata.

Begitu juga Mahathir yang bermain perasaan rakyat dengan menggunakan sentimen perkauman dan bangsa sebagai “peluru”  untuk menambat hari rakyat menyokong perjuangannya dahulu. Air mata yang dikeluarkan hanya air mata untuk meraih simpati sahaja.

Segala-gala prinsip perjuangan mereka adalah satu helah penipuan politik sahaja. Prinsip-prinsip laungan mereka adalah semata-mata untuk menggerakkan naluri, imaginasi dan emosi penyokong mereka yang telah menjadi boneka politik yang boleh dikorbankan.

Justeru itu, Mahathir , Anwar dan Kit Siang hanya pemain politik yang mempunyai agenda yang sama iaitu mengamalkan dasar dasar kronisme, nepotisme  yang mana untuk memastikan salah saorang dari mereka berkuasa dan  dapat melakukan rompakan besar-besaran dari harta Negara tanpa mempedulikan nasib rakyat.

Pilihanraya 14 adalah medan untuk rakyat menebus kesilapan mereka dengan menyokong  ketiga-tiga pemimpin ini dahulu. Rakyat mesti memikirkan masa hadapan bangsa, Islam dan Malaysia sebagai  langit yang dijunjung dan bumi yang dipijak.

Jangan sesekali melakukan kesilapan yang menghancurkan sebuah Negara. Cukuplah Pulau Pinang yang kini semakin hancur apabila diperintah oleh DAP. Cukuplah Selangor sedang  beransur ranap dengan kepelbagaian skandal.

Jadi. Pilihanraya akan datang Barisan Nasional itu adalah pilihan yang utama. Demi sebuah kesinambungan sebuah Negara yang aman, makmur dan melenyapkan perompak, penyamun yang tidak langsung memikirkan hal rakyat tetapi hanya kekayaan untuk mereka dan keluarga mereka sahaja.

Jangan lakukan kesilapan lagi. Undilah Barisan Nasional demi kesejahteraan rakyat yang telah ditinggalkan diabaikan oleh Mahathir satu ketika dahulu.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *