Mahathir Hanya Bagi Kroni Kaya, PM Najib Beri Peluang Semua Jadi Kaya

Kerajaan baru-baru ini sudah menyatakan bahawa perbincangan semula akan diadakan berkenaan beberapa perjanjian konsesi yang mempunyai syarat berat sebelah yang pernah dimeterai oleh kerajaan terdahulu untuk pastikan tiada syarikat swasta kroni boleh dapat pendapatan berlipat kali ganda dan kaya raya.

Walaupun mereka ini kaya, tapi rakyat terpaksa menanggung beban yang berat contohnya seperti tarif elektrik, bayaran tol yang meningkat serta kelemahan sistem pengangkutan awam. Zaman pentadbiran PM Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak ada lagi syarikat kroni atau Taikun kapitalis yang boleh jadi kaya di Malaysia.

Fokus Najib mudah, buka peluang seluas-luasnya kepada semua orang dalam pada masa sama membantu Bumiputera menguasai ekonomi dan halang daripada syarikat swasta boleh dapat projek besar atas nama kroni.

Jika mahu projek kerajaan, ada syarat yang perlu dipatuhi dan ikut tender terbuka supaya pemilihan lebih adil kepada syarikat yang benar-benar layak sahaja.

Zaman PM terdahulu iaitu Mahathir Mohamad boleh dikatakan hampir semua syarikat yang menguruskan sistem pengangkutan awam di ibu negara Kuala Lumpur berakhir dengan gulung tikar dan kemudian diselamatkan oleh kerajaan.

Sistem Aliran Transit Ringan (LRT) yang pernah dikenali dengan nama LRT Putra pernah diswastakan kepada syarikat UEM milik Tan Sri Halim Saad tapi kemudiannya bankrap dan diselamatkan oleh kerajaan pada tahun 2002. LRT Star pula diswastakan kepada syarikat KL Transit Group Assets dan ia juga bankrap serta diselamatkan pada tahun yang sama.

Sistem monorel di Kuala Lumpur pula diswastakan kepada KL Infra Group milik Tan Sri Vincent Tan yang dikenali sebagai kroni Mahathir dan ia juga lingkup serta terpaksa diselamatkan oleh kerajaan pada tahun 2007. Bas Intrakota dulu yang diswastakan kepada DRB-Hicom juga bankrap dan diselamatkan kerajaan pada 2003.

Kini semua sistem LRT diambil alih dan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan projek sambungan untuk LRT telah siap tepat pada masanya dan disiapkan mengikut perbelanjaan.

Ini kerana syarikat yang dipilih menguruskan projek adalah benar-benar layak serta berkemampuan menyiapkannya.

Zaman Najib, dapat dilihat kemunculan ramai usahawan Melayu menjalankan bermacam-macam perniagaan secara sendiri dengan ramai antara mereka berjaya ada perniagaan sendiri dan maju. Di sepanjang laluan lebuh raya PLUS, banyak promosi papan tanda, dipenuhi dengan iklan dari usahawan Melayu.

Inilah kesan positif daripada tindakan melenyapkan semua perjanjian konsesi yang berat sebelah ini kerana ia hanya membawa beban kepada negara daripada kesenangan pada masa depan. Mahathir hanya bagi beberapa orang Melayu tertentu sahaja kaya, tapi Najib memberikan ruang dan mewujudkan lebih ramai Bumiputera khususnya Melayu yang kaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *