Kurang Dekorasi Anjing, Islam Pula Dipersalah?

Sebuah portal tempatan sekali lagi cuba bermain api dengan melaporkan bahawa kekurangan dekorasi zodiak anjing di pasaraya-pasaraya besar negara sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun anjing adalah disebabkan oleh untuk menjaga sensitiviti Muslim dan tradisi Islam sehingga ‘menidakkan’ budaya kaum minoriti.

Menurut sumber, tulis portal tersebut “Some business in this country are skirting around and playing down the portrayal of canines in Chinese New Year decorations this year, wary of offending the Muslim majority in the Year of the Dog.”

“Dogs are considered “unclean” under Islamic tradition and Muslims are required to carry out a ritual of washing themselves if they are in contact with the animal.”

Walaupun sudah diterangkan rasional di sebalik keputusan sesetengah daripada pemilik pasaraya tersebut bahawa ianya satu keputusan strategik komersil khasnya untuk menjaga sensitiviti semua pengunjung namun portal tersebut seperti menuangkan minyak tanah dalam api dengan komen yang dibuat.

Tulis portal tersebut, Wong salah seorang pengunjung berpendapat, “Ini memalukan, sebab Malaysia adalah negara berbilang kaum.

Untuk mengenepikan kenyataan bahawa anjing adalah salah satu daripada haiwan-haiwan zodiak adalah tidak adil.”

Sebelum ini, apabila rangkaian pasar raya Giant menjual t-shirt merah bertemakan zodiak di mana gambar zodiak anjing dan babi digantikan dengan tulisan dalam bahasa Cina, juga terdapat suara-suara ‘menyalahkan’ Islam.

Ia bukanlah perkara yang memalukan, adalah benar Malaysia berbilang kaum, namun mereka perlu menghormati budaya sensitiviti islam di negara ini yang minoritinya kaum muslim.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *