Kenapa Susah sangat Azmin Hendak Tandatangan IBR

RAKYAT Selangor tertanya-tanya mengapa Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih enggan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) untuk negeri yang dikuasai Pakatan Harapan itu.

Malah bekas Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah terkilan gagal menambat hati Azmin untuk berbuat demikian. Selangor adalah satu-satunya kerajaan yang belum memberikan jawapan mengenai IBR.

Adakah tindakan Azmin Ali tersebut ada kaitan dengan salah laku rasuah beliau sendiri? Isu tersebut semakin hangat berikutan dua individu dijangka membuat laporan berasingan terhadap Azmin Ali di SPRM dan polis hari ini.

Kedua-dua itu ialah bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Saharin dan adik kepada Menteri Besar Selangor sendiri, Azwan Ali.

Pada pukul 11.30 pagi, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard akan membuat laporan di Ibupejabat SPRM Putrajaya manakala pukul 3.30 petang pula Azwan membuat laporan di Ibupejabat Polis Dang Wangi.\

Memetik sumber portal, Chegubard dalam kenyataannya memberitahu, laporan itu ada kaitan dengan pendedahan sindiket penipuan dan korupsi pasir di Selangor.

“Saya akan serahkan kepada SPRM set 230 muka surat dokumen yang terdiri dari dokumen perjanjian, surat tawaran, gambar berkaitan, dokumen transaksi bank, salinan laporan polis dan yang paling menarik ialah surat akuan bersumpah yang terlibat mendedahkan sebahagian kegiatan sindiket ini.

“Ia mengaitkan pimpinan pusat PKR, Exco Kerajaan Negeri, Ketua Cabang PKR dalam Selangor dan individu yang dikenali sebagai bakal calon boleh menang PKR,” katanya.

Malah menurut Chegubard lagi, maklumat yang sama sudah ada ditangan beberapa pemimpin PKR tetapi kesemuanya tidak mampu berbuat apa-apa terhadap Azmin Ali.

Beliau juga dikatakan mendakwa perbincangan sindiket yang sama dibuat menggunakan bilik mesyuarat Pejabat Exco Kerajaan Negeri di SUK Selangor, Shah Alam.

Jika benar dakwaan Chegubard tersebut maka Azmin Ali sedang melakukan jenayah rasuah dan salah laku guna kuasa secara berleluasa. Mungkinkah ini merupakan sebab utama Azmin enggan menandatangani IBR?

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *