Kakitangan AirAsia Meninggal Dunia Ketika Dalam Penerbangan

Seorang kakitangan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad mengejutkan kakitangan yang lain apabila disahkan meninggal dunia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung, Indonesia pada Rabu.

Menurut sumber, AirAsia dalam kenyataan media mengesahkan bahawa penerbangan AK416 dari Kuala Lumpur ke Bandung, Indonesia itu dialihkan ke di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) kerana kecemasan perubatan.

Menurutnya, kakitangan AirAsia itu mendapat rawatan perubatan segera selepas mendarat, tetapi disahkan meninggal dunia mati oleh doktor di lapangan.

“Keluarga AirAsia sedih dengan kehilangan kakitangan kami ini dan kami mengucapkan takziah buat keluarganya.

“Kami akan memberikan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa ketika tempoh ini,” katanya.

Kenyataan AirAsia berkata, pesawat itu kemudian berlepas dari LTAS pada 9 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Indonesia pada 10.11 pagi.

Katanya, keselamatan penumpang adalah keutamaan mereka dan pihaknya sentiasa berusaha untuk memberikan bantuan terbaik apabila berdepan keadaan seumpama ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan dibuat kakitangan syarikat penerbangan itu berhubung kematian mangsa.

Beliau berkata, lelaki warga Indonesia berusia 46 tahun itu terus dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai dengan menggunakan ambulans sebaik mendarat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 

idak kira sama ada seseorang itu memikir atau tidak tentang mati, maut akan datang apabila tiba waktunya.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *