Joy Refva Pula Bakal Menyanyi Tak Lama Lagi

Nampaknya semakin meriah industri muzik tanah air menginjak tahun 2018! Selepas beberapa orang usahawan berjaya melontarkan suara emas mereka, kini giliran usahawan kosmetik Joy Revfa menerima tawaran sama. 

Lagu yang dicipta khas untuknya oleh komposer dari negara Indonesia itu bagaimanapun belum mahu dinyanyikan oleh Joy lagi. Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 31, berkata, dia masih belum bersedia untuk menjadi penyanyi namun bukan bermakna dia tidak berminat.
“Alhamdulillah selepas kontroversi perkahwinan rezeki saya lebih murah dan memang ada tawaran berlakon dan menyanyi untuk saya.

“Saya dapat lagu daripada seorang komposer Indonesia, tapi saya perlu fikir panjang dulu kerana suara saya tidak sedap. Saya tidak menolak tetapi belum bersedia lagi,” ujarnya dipetik daripada mStar online.


Nama Joy Revfa menjadi sensasi tahun lalu apabila perkahwinannya dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun dikatakan tidak sah. 


Bagaimanapun konflik tersebut akhirnya dapat diselesaikan selepas Hafiz melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun lalu.

Sementara itu, apabila ditanya tentang kehidupannya selepas kontroversi itu selesai, Joy berkata, dia hanya berdamping dengan orang yang positif. 


“Orang tanya macam mana saya boleh kuat dan menjalani kehidupan selepas perkara itu, saya fikir apa yang saya lalui hanya sedikit berbanding orang lain.

“Saya fikir positif dan dikelilingi orang-orang positif. Saya sarankan juga wanita yang senasib dengan saya agar sentiasa motivasikan diri,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *