Direman Polis Lagi, Boy Iman Boleh Tersenyum Pula

Boy Iman direman dua hari bermula 23 Januari bagi membantu siasatan berrhubung kes penipuan projek pembinaan rumah di Ampang.

 
Perintan reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Roslan Mohd Nor yang akan berakhir hari ini.
 
Boy Iman, 38 atau nama sebenarnya Datuk Norul-iman A Rahman direman di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
 

 

Sinar Online melaporkan, dia dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian beberapa mangsa dalam projek pembinaan rumah banglo.
 
Pada 2 Oktober 2017, pelakon ini juga pernah ditahan bersama  dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources.
 

Ketiga-tiga suspek itu ditahan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo membabitkan kerugian sehingga RM6.2 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *