Adakah Mahathir Mahu Dirinya Disembah Pula?

Samada sengaja ataupun tidak, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah sengaja mencipta kontroversi bagi memastikan lensa media menghala kepadanya. Sebelum ini, dia terpalit dengan konfrontasi dengan pihak Istana Selangor dan Johor atas hinaannya terhadap keturunan Bugis di negara ini.

Tidak ketinggalan juga, Mahathir seolah-olah sengaja menimbulkan perasaan kurang senang terhadap kaum Melayu apabila kerap mengeluarkan kenyataan menghina kaum Melayu dalam beberapa forum yang dia sertai. Malah, graduan Universiti juga tidak ketinggalan menjadi mangsa serangannya apabila memperlekehkan graduan yang memilih untuk mencari rezeki menerusi menjual nasi lemak atau memandu Uber dan Grab.

Terbaru, Mahathir nampaknya lantang memperlekehkan golongan ulama dan para mufti apabila memperlekehkan ilmu agama mereka jika dibandingkan dengan pengalamannya selaku Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Dalam kenyataannya, dia mendakwa, ilmunya yang menjadi Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara sudah cukup untuk dia mengeluarkan komen mengenai agama dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Melihat kepada komennya ini, adakah kali ini Mahathir meminta para pentaksub dan penyokongnya menyembahnya pula? Ini kerana, setiap seorang rakyat negara ini yang beragama Islam, akan patuh kepada sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan kesemua keputusan para Mufti-Mufti ini diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu yang menjadi tunggak agama Islam di negara ini.

Hebatnya Mahathir dalam menghentam semua pihak seolah-olah dirinya begitu maksum. Agak sedikit memeranjatkan, dia ada mengeluarkan kenyataan, seandainya seekor babi itu disembelih dengan lafaz Bismillah hirahmannirohim, adakah haram sembelihan berkenaan. Mungkin dia mengeluarkan kenyataan berbaur sinis, namun dia harus ingat, Islam melarang sama sekali umatnya menyentuh atau memakan daging babi ini.

Mungkinkah, sesudah begitu rapat dengan DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang, Mahathir merasakan, perlu ada “transformasi” beragama sehingga boleh menghalalkan babi dengan hanya perlu melafazkan Bismillillah hirohmanirahim? Adakah Mahathir merasakan, dirinya sudah terlalu bagus sehingakan dia sanggup mempertikaikan apa sahaja keputusan mufti-mufti di negara ini?

Tidak pernah terfikir di fikiran bahawa akan wujud seorang pemimpin beragama Islam sanggup memperlekehkan agamanya sendiri hanya kerana pentingkan kuasa politik. Nampaknya, benarlah apa yang diperkatakan oleh Tan Srii Zainuddin Maidin sebelum ini yang menyatakan bahawa Mahathir adalah binatang politik yang tidak akan puas selagi belum memperoleh apa yang dia hajatkan.

Adakah kali ini Mahathir mahu dirinya disembah pula jika mengambil kira alasan bahawa dia adalah orang paling berjasa di negara ini, merutu para pentaksubnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *