Tak Mengaku Bimbo, Fathia Latiff Gelar Dirinya ‘Beauty With Brain’

Selepas isu menyuruh Iqram Dinzly bunuh diri sudah reda, pelakon Fathia Latiff terus mencipta cerita sensasi dan terus menarik perhatian ramai dengan membuat kenyataan beliau adalah seorang wanita yang cantik dan dikurniakan dengan kebijaksanaan.

Kenyataan itu dimuat naik di akaun Twitternya dan Fathia meminta agar orang lain tidak cemburu dengan apa yang beliau ada.

Tidak dinafikan ayat Fathia itu seakan memuji dirinya sendiri, pelakon itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Fathia menyifatkan mereka yang “menghentam” beliau sebenarnya tidak dapat menerima hakikat dirinya “beauty with brain”.

Memang tinggi betul tahap keyakinan diri Fathia, walaupun ada sesetengah netizen sudah naik menyampah beliau tetap memuat naik status mencuri tumpuan ramai. Apa-apa sahajalah Kak Ya, asalkan anda bahagia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *