Surat Terbuka Fasha Sandha Untuk Bakal Suami

Satu surat terbuka yang mengandungi segala pesanan telah dimuat naik dalam Instagram olehFasha Sandha istimewa untuk bakal suaminya.



Dalam surat tersebut, sungguhpun dia tidak tahu dimanakah bakal suaminya tetapi dia tetap gembira dan tidak sabar untuk menemuinya. Dia juga berharap pertemuan pertama mereka adalah sesuatu yang menakjubkan.

Fasha juga menasihati pada bakal suaminya tentang baik buruk sikapnya apabila sudah hidup bersama suatu hari nanti supaya dia bersedia dan memahami dari awal.

Apa yang paling penting sekali, walau apa pun yang berlaku jangan sesekali meninggalkannya. Dia berpesan agar sentiasa bersabar dengan kerenahnya.

Dalam melalui ranjau kehidupan, Fasha meminta bakal suaminya itu untuk menyayanginya dengan lebih lagi walau berada dalam keadaan sukar.

Bantulah dirinya menyelesaikan masalah dengan tenang jika dia melakukan kesilapan sepanjang hidup bersama nanti.

Fasha juga tidak akan berputus asa menghadapi apa jua keadaan dan akan sentiasa menjadi teman baiknya. Oleh itu, dengarkan segala rahsia dan perkara yang berkaitan soal hidupnya dan pasti akan merasa kebahagiaan pada masa akan datang.

Sudah lama juga Fasha berseorangan setelah dia berjaya melalui detik sukar dalam hidupnya suatu ketika dahulu. Dia juga menjadi kuat dan tabah demi kedua-dua anaknya, Rayfal dan Jemyma.

Foto: IG Fasha Sandha

Moga bakal suami Fasha merupakan seseorang yang bertanggungjawab dan sentiasa menerima dia seadanya bersama anak-anak kesayangannya.


Siapalah di dunia ini yang tidak mahu hidup berpasangan, bukan? Diharapkan peminat juga turut mendoakan Fasha agar beroleh kebahagiaan yang dicari selama ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *