Penganggur Ditahan Kerana Kurung, Ugut Cedera Teman Wanita

Share This:

Lelaki berusia 30 tahun ditahan selepas disyaki mengurung dan melakukan ugutan jenayah ke atas teman wanitanya sejak 15 Jan lalu di sebuah bilik sewa di Jalan Empelam, Sibu.


BERNAMA melaporkan, suspek juga penganggur itu dipercayai bertindak demikian kerana mahu meminta wang daripada keluarga mangsa.


Difahamkan, mereka tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan sejak 10 tahun lalu.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek mengugut mencederakan mangsa dan keluarganya.

Tambah Stanley, mangsa, 23, berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis selepas dipaksa meminta wang daripada makciknya kira-kira 2 petang semalam (Isnin).

“Pengadu percaya teman lelakinya berada di bawah pengaruh dadah,”¬†katanya.


Bukan itu sahaja, suspek turut memukul dan menendang badan dan kaki mangsa selain memaksa mangsa melakukan hubungan seks tanpa kerelaan.


Menurut Stanley, suspek akan direman untuk siasatan lanjut.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*