Peminat Bengang Fattzura Tak Tercalon Di AME 2018

Share This:

Anugerah MeleTop Era (AME2018) bakal menemui peminat lagi pada April ini, namun ketiadaan pasangan Fattah Amin dan Fazura dalam kategori Couple MeleTop Top 20 menjadi tanda tanya. Ramai mengaitkan isu ini dengan Neelofa selaku pengacara program itu.

Bagaimanapun Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Harismenafikan pasangan kegemaran ramai itu sengaja tidak dimasukkan dalam kategori terbabit dan terpaksa mengikut terma dan syarat percalonan.

“Untuk pengetahuan, senarai pencalonan dibuka bermula 15 November 2016 sehingga 14 November tahun lalu dan terbuka kepada pasangan popular yang berkahwin sebelum tarikh akhir pencalonan”

“Dalam isu ini, mereka bernikah 27 November lalu dan secara automatik tidak layak dicalonkan. Memang pada awalnya, barisan panel cuba untuk menyenaraikan nama mereka tetapi kami perlu bersikap telus dan adil”

“Kami sudah menjangkakan kekecohan akan berlaku tetapi perlu diingat AME bukan acara anugerah yang diwujudkan suka-suka. Kami ada penilaian dan peraturan tersendiri,” jelasnya kepada Harian Metro.

Tidak mengapalah, Fazura dah Fattah masih tercalon dalam kategori Drama MeleTop dan Pelakon MeleTop. Tapi pelik juga drama popular kesukaan ramai Suri Hati Mr Pilot, gandingan Fattah dan Neelofa tidak tercalon sekali. Hmm

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*