Pelik Tapi Benar, Kilang Di China Bayar Tunggakan Gaji Dengan Batu Bata

Share This:

Pekerja di sebuah kilang bata di beijing menerima tunggakan gaji berjumlah ASD 14,050 (RM55,174) dalam bentuk batu-bata.


Menurut portal Xinhua seperti dipetik Utusan Online, 30 pekerja kilang di Nanchang, wilayah Jiangxi bersetuju menerima 290,000 batu bata sebagai pertukaran tunggakan gaji.

Dalam pada itu, Jiangxi Daily melaporkan kesemua pekerja terbabit merupakan migran dari kawasan pergunungan Yunnan di barat daya negara itu dan tiada pilihan selain hidup dengan lilin dan kayu api sebagai sumber bahan api untuk memasak.


Mereka bersetuju menerima batu bata sebagai bayaran tunggakan gaji hanya selepas mendapat campur tangan daripada jabatan buruh tempatan.



Foto: AP



Tambah Xinhua, majikan terbabit masih berusaha mencari cara untuk membayar balik baki tunggakan berjumlah 10,000 yuan (RM6,134).


Bagaimanapun, isu itu mencetuskan ketidakpuasan di kalangan Sina Weibo.

“Mengapa pekerja migran sering berdepan masalah tunggakan gaji?” tanya pengguna blog mikro berkenaan.


Ekoran itu, Kesatuan Sekerja Persekutuan Seluruh China menyatakan lebih lima juta pekerja migran di China menerima tunggakan gaji berjumlah ASD 4.5 bilion (RM17.6 bilion) daripada mereka dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*