Mayat Gadis Cantik Ditemui Tidak Berbaju, Dirogol,Disumbat Mulut Pakai Seluar Dalam

Share This:

Perbuatan yang sangat kejam dan tiada perikemanusiaan pada perogol yang merogol, dan membunuh mangsa dengan kejam.

Begitulah nasib malang menimpa seorang wanita dikenali sebagai Dera Dewanti, 35, apabila dijumpai mati dan mayatnya berada dalam keadaan yang mengaibkan di Indonesia baru-baru ini.

Menurut sebuah potral tempatan, maklumat didapati bahawa mangsa merupakan pekerja di Bank Perkreditan Rakyat di Indonesia.

Sekitar jam 7 malam di kawasan sawah Selatan Waduk Cengklik Desa Ngargorejo, Jawa Tengah, mayat mangsa dikatakan telah ditemui dengan tidak berbaju, tangannya diikat dan terdapat kesan bekas jerutan di lehernya.

Namun, apa yang lebih menyedihkan lagi ialah mulut mangsa turut telah disumbat dengan seluar dalam mungkin bertujuan untuk mengelakkan mangsa daripada menjerit.

Hasil siasatan pihak polis didapati bahawa mangsa telah dirogol serta dibunuh di kawasan lain sebelum mayatnya dicampak ke pintu masuk perkampungan itu.

Mangsa juga dikatakan telah menghilangkan diri selama dua hari dan perihal itu turut diketahui oleh jirannya kerana beranggapan bahawa dia telah pulang ke kampung bagi menjaga ibunya yang sedang sakit.

Sebelum ini juga mangsa sering tiada d irumah kerana pulang ke kampung.

Disebabkan itu, jiran tetangga langsung tidak mengesyaki sebarang perkara buruk yang telah berlaku kepadanya dalam tempoh kehilangannya itu.

Pihak polis Ngemplak, AKP Rubiyati memaklumkan bahawa kes itu masih lagi di dalam siasatan kerana masih menanti keputusan bedah siasat.

Bagaimanapun, tiada lagi sebarang tangkapan dilakukan namun pihak berkuasa masih memerlukan keterangan daripada mana-mana pihak yang terdekat dengan mangsa.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*