Mahathir Memang Nak Hancurkan Melayu

Share This:

Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, dan juga calon Perdana menteri sementara, Dr Mahathir ini dikatakan tidak akan kembali untuk mengukuhkan,mempertahankan dan menjulang UMNO dengan alasan parti itu sudah menjadi Parti Najib.

Mantan perdana menteri itu berkata demikian sebagai komen terhadap kenyataan Facebook anak Najib, Nazifuddin Najib yang menjemput Dr Mahathir kembali ke dalam Umno bagi “memperkukuhkan” lagi parti Melayu itu.

“Tun Razak bawa Tun Mahathir kembali ke pangkuan Umno untuk mengukuhkan, mempertahankan dan menjulang Umno menerajui Malaysia di persada dunia. Bukan untuk menghancurkan Umno,” kata Nazifuddin, merujuk kepada atuknya, perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein.

“Kembalilah ke pangkal jalan; iaitu laluan yang Tun Razak telah rintis untukmu menjadi insan ke-4 menjadi perdana menteri Malaysia,” tambah anak Najib itu.

Mahathir seolah-olah tidak mahukan perpaduan dan lebih kepada menghancurkan dan memecah-belahkan Melayu.

Jelas keegoan Mahathir yang dikatakan ingin merampas kuasa dan ingin menjatuhkan Najib, seolah-olah sudah dipengaruhi oleh parti DAP yang hanya mempergunakan Mahathir untuk mencapai agenda dan matlamat mereka.

Melayu akan dikatakan menjadi bangsat jika usaha menjatuhkan kepimpinan tertinggi negara berjaya dan menyebabkan Umno terkubur dan tiada lagi parti yang mempertahankan hak-hak melayu di negara ini.

Lihat saja apa sudah jadi dengan orang Melayu di Pulau Pinang selepas ditadbir DAP? Kedudukan Islam di Pulau Pinang apa jadi? Keadaan di Kedah dan Selangor macam mana?

Sepatutnya, kita sebagai parti Melayu bersatu dalam isu teras seperti ini untuk membangunkan negara bersama dan bukan menghancurkan.

Sebelum ini, Mahathir dikatakan sanggup menghina keturunan Bugis yang juga keturunan Raja-raja Melayu demi kepentingan politik.

“Beliau dalam keadaan marah dan akan membakar seluruh negara dengan api kemarahannya,” titah baginda dalam temubual eksklusif bersama sebuah media menjelang sambutan Hari Keputeraan baginda ke-72 pada 11 Disember lalu.

Baginda bertitah tidak mahu melihat ahli politik menggunakan isu-isu sensitif seperti bangsa dan agama untuk kepentingan politik kerana berbuat demikian hanya akan menghancurkan negara.

Keegoan Mahathir demi kepentingan politik tiada penyatuan dalam kalangan orang Melayu maka akhirnya merugikan orang Melayu sebagai kaum majoriti di negara ini, malah menghancurkan Melayu dan juga negara.

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*