Lelaki Didakwa Rangsang Anak Perempuan Tirinya

Pada hari ini, seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh, atas pertuduhan merangsang anak perempuan tirinya, 17 tahun lepas.

Menurut sumber, tertuduh yang berusia 66 tahun itu didakwa melakukan kesalahan terhadap mangsa yang ketika itu berumur 8 tahun di sebuah rumah di Tangga Batu, Tanjung Kling di sini pada 8.30 malam, 19 Ogos 2001.

Lelaki itu yang ditangkap pada 22 Jan lalu, didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd Rawi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, Hakim Norma Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *