Lelaki 54 Tahun Tekup Muka Jiran Guna Kain, Sebelum Rogol

Seorang lelaki ditahan, dipercayai merogol seorang wanita yang juga merupakan jirannnya selepas memasuki rumah mangsa di Kota Kuala Muda, Sungai Petani.

 
Berita Harian melaporkan, ketika kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, mangsa yang berusia 28 tahun sedang tidur di rumahnya.
 
Suspek yang berusia 54 tahun menutup muka mangsa dengan menggunakan kain, menyebabkannya tidak dapat melawan.
 

Foto: Sinar Online
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Saifi Abdul Hamid, berkata, 
 
“Mangsa meronta dan cuba melawan, namun gagal, sebelum suspek merogol mangsa. Suspek kemudian berlari keluar melalui pintu depan rumah dan masuk ke dalam hutan berhampiran.
 
“Mangsa kemudian bergegas ke rumah kakaknya dan menceritakan kejadian berlaku, sebelum dibawa ke Balai Polis Kuala Muda untuk membuat laporan polis,” katanya.
 
Sesulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah Kuala Muda menahan seorang lelaki yang juga jiran mangsa.’
 

“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan kini direman tiga hari sehingga Khamis ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *