DENDA 200% DARI JUMLAH CUKAI TERKURANG BAYAR

Pembayar cukai yang cakna semestinya akan mengambil tahu setiap peraturan yang perlu dipatuhi dan mengambil inisiatif untuk memahami kehendak mengikut Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Dewasa ini dengan penggunaan aplikasi e-Filing yang boleh diakses melalui alamat sesawang seperti ini di https://ez.hasil.gov.my/CI/, pembayar cukai boleh melengkap Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan menghantar secara atas talian.

Walaubagaimana pun kepada pembayar cukai individu yang ingin menghantar secara manual juga boleh menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah lengkap diisi pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut:

Pusat Pemprosesan Maklumat

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Aras Tanah, Menara Hasil

No. 3, Jalan 9/10

Seksyen 9

43650 Bandar Baru Bangi

Selangor

 

BNCP perlu dilengkapkan maklumat yang dikehendaki seperti melaporkan kesemua pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat yang dilakukan sepanjang tahun taksiran.

Melalui format yang telah diberikan di dalam BNCP, pembayar cukai boleh dapat mengetahui jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar untuk tahun taksiran tersebut. Jumlah cukai ini akan dikira setelah segala perbelanjaan cukai yang dibenarkan dan rebat.

Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen atau resit asal bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun. Dokumen-dokumen seperti resit pembelian buku, resit derma, resit pembayaran zakat, resit premium insurans perlu disimpan dengan selamat.

Tambahan lagi, pembayar cukai perlu melakukan pembayaran cukai tambahan jika jumlah Potongan Cukai Bulanan (PCB) adalah lebih rendah dari jumlah yang sepatutnya dikenakan cukai.

Begitu juga jika terdapat lebihan cukai yang telah dibayar oleh kerana jumlah PCB yang dilakukan lebih tinggi dari cukai yang dikenakan, pemulangan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui bank pemilik individu pembayar cukai tersebut.

Menurut peruntukan di bawah ACP 1967, denda sebanyak RM 200 hingga RM 2,000 atau penjara atau kedua-duanya sekiranya tidak mengembalikan BNCP.

Adalah amat penting dalam mengisytiharkan jumlah pendapatan sebenar. Bagi mereka yang culas dan tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam BNCP, denda sebanyak RM 1,000 hingga RM 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor akan dikenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *