DAP Dan PAP Singapura Sama, Kedua-Duanya Anti-Islam Dan Melayu

Parti DAP di Malaysia dan parti PAP di Singapura tidak jauh beza malahan mereka berhubungan rapat seperti abang dan adik. PAP adalah parti pemerintah di Singapura yang sudah mendominasi kerajaan Singapura sejak dipisahkan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Sejak itu, orang Melayu di Singapura sudah dipinggirkan berdekad lamanya serta dipisahkan populasi supaya tidak boleh menjejaskan kerajaan PAP.

Satu persamaan antara parti DAP dan PAP ialah bagaimana mereka memilih untuk menjadi sebuah parti anti Islam dan secara automatiknya anti Melayu. Pengasas PAP di Singapura ialah Lee Kuan Yew manakala pemimpin DAP di Malaysia ialah Lim Kit Siang.

Sehingga kini, DAP masih gagal menang di peringkat persekutuan di Malaysia menjadikan mereka sehingga hari ini masih gagal untuk membentuk kerajaan.

Dalam satu temubual mendiang Kuan Yew dengan media, ada satu perkara yang diperkatakannya ialah Islam menghalang proses menyatukan kaum di negara itu disebabkan kepercayaan penganutnya.

“Saya fikir kita sedang membangun dengan baik sehinggalah kedatangan agama Islam.

“Dalam pengalaman saya, dalam pemerhatian saya komuniti lain mudah untuk disatukan, berkawan, bekerja, bersosial, perkahwinan campur dan lain-lain.

“Jika anda hendak berkahwin dengan orang Islam anda mesti memeluk Islam, ia adalah satu langkah yang berat untuk diterima oleh orang bukan Islam,” katanya dalam temubual itu.

Dalam temubual yang sama, dia turut menyatakan generasi awal yang bekerjasama dengannya dalam PAP di Singapura Othman Wok dan Rahim Ishak bercampur dengan budaya lain dengan baik.

“Generasi Melayu yang bekerja dengan saya, Othman Wok, Rahim Ishak, generasi tersebut bercampur dengan baik.

“Kami minum arak dan makan semua bersama-sama, kini mereka (orang Islam) mempersoalkan tentang kebersihan, halal atau tidak halal,” katanya.

Beliau berkata orang Islam adalah golongan yang tidak mahu bercampur malahan suka mengasingkan diri. Untuk bercampur dengan kaum lain, Kuan Yew memberikan cadangan itu mengurangkan ketaatan kepada agama dari segi haram dan halal untuk bersama-sama makan dan minum seperti orang bukan Islam.

Di Malaysia, pemimpin DAP dan penyokong mereka sudah banyak mempersoalkan perkara berkaitan Islam antaranya ialah mempertikaikan laungan azan di kawasan perumahan khususnya azan Subuh yang dipertikaikan kerana mengganggu tidur orang yang bukan Islam.

Itu belum lagi kenyataan dari beberapa pihak dari DAP yang mempertikaikan banyak perkara tentang Islam.

Ahli Parlimen DAP-Seputeh, Teresa Kok pernah menuntut supaya dana zakat turut diberikan kepada orang bukan Islam untuk digunakan oleh mereka dalam tujuan tertentu.

Tidak ada bezanya, antara DAP dan PAP di Singapura. DAP juga berangan-angan untuk buat kerajaan di negara ini dan menjadikan Malaysia sama seperti Singapura.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *