Dah Buat Salah, Penguatkuasa MPK Pula Dimakinya

Share This:

Baru-baru ini viral di media sosial,  seorang lelaki mencetuskan kekecohan apabila dia mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beberapa anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang, (MPK).

Dalam video berdurasi 2 minit 40 saat itu,lelaki itu bertindak sedemikian apabila kenderaannya telah disaman oleh pihak MPK atas kesalahan parkir yang dilakukannya.


Menurut sumber dari We Are Malaysian, lelaki itu berang kerana mendakwa hanya kenderaan miliknya sahaja yang disaman manakala kenderaan lain yang turut melakukan kesalahan yang sama tidak pula dikenakan saman.

Jom kita tengok video itu.



Gagal mengawal perasaan lelaki itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beberapa anggota MPK sehingga menyebababkan kedua-dua pihak bertikam lidah.


Salah seorang anggota MPK cuba menjelaskan kesalahannya namun lelaki itu enggan mengalah dan tetap memberikan alasannya.

Sumber- Facebook

Beberapa anggota berkenaan cuba menenangkan rakan mereka dari mengeruhkan keadaan, dan kemudian kedua-dua pihak beredar setelah lelaki berkenaan meninggalkan tempat kejadian.

Sumber- Facebook

Video itu mendapat  pelbagai reaksi dari netizen, ada yang menyelar lelaki terbabit kerana biadab, dan ada juga yang kecewa dengan sikap salah seorang anggota MPK yang gagal mengawal perasaan dan turut melemparkan kata-kata kesat terhadap lelaki itu.


Nah, bacalah komen mereka.




Sebenarnya perkara ni boleh diselesakan dengan baik tanpa pertikaman lidah sebegini, dan anggota MPK sepatutnya bijak mengawal emosi dan tidak patutlah turut mengeluarkan kata-kata kesat, nampak tak professional kalau macam tu. Betul tak?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*