Beri Peluang Pada Wanita Muslimah Kahwini Kafir- Pemimpin BERSIH

Share This:

Menerusi media sosial Clement Chin, pemimpin perhimpunan BERSIH dan Himpunan Hijau Anti-Lynas meluahkan hasratnya agar jutaan wanita yang beragama Islam di Malaysia diberi peluang untuk mengahwini lelaki kafir sepertimana yang dinikmati oleh umat Islam di Tunisia.

Menurutnya lagi, sekiranya Malaysia turut mengikuti jejak langkah Tunisia dengan membenarkan perkahwinan rentas agama dilangsungkan, tentulah makna slogan ‘Malaysia Truly Asia’ yang sebenar akan dapat dipenuhi.

Menurut sumber dalaman mengatakan, pendakyah Kristian yang pernah terlibat dalam kerja-kerja meletakkan kitab Bible dalam laci hotel-hotel itu juga berpendapat, hukum Islam yang menghalang perkahwinan di antara wanita Muslimah dengan lelaki kafir adalah berdasarkan teks agama kuno yang perlu disesuaikan dengan zaman sekarang agar kekal relevan.

Beliau berkata, “Diharap Tunisia bakal menjadi negara Islam pertama yang membuka gerbang untuk mengiktiraf kebebasan sivil kaum wanita, hak manusia dan kebebasan untuk memilih.”

“Kita sudah pun berada dalam abad ke-21 dan sudah tiba masanya untuk kita semak semula teks agama. Para agamawan perlulah menyesuaikan ia sewajarnya supaya kekal relevan. Pada dasarnya adalah untuk memenuhi aspirasi jutaan wanita muda dalam era moden ini.”

“Keputusan penting ini akan membebaskan golongan wanita daripada teks agama yang kuno. Tidak diragukan lagi, dengan menghapuskan halangan untuk mengahwini bukan Islam adalah suatu langkah terkedepan, berani dan positif.

Ini bakal memberi kebebasan yang ditunggu sebegitu lama oleh jutaan wanita Muslimah untuk memilih pasangan mereka dengan tanpa mengira pegangan akidah dan agama.”

“Sekiranya Malaysia ikut sama, kita tentu dapat menghancurkan segala sempadan kaum dan agama. Dengan itu, Malaysia Truly Asia akan berkembang dan muncul menjadi kenyataan dalam beberapa generasi.”

Ini bukan kali pertama Clement Chin menggunakan media sosial seperti akaun Facebook miliknya untuk mengeluarkan kenyataan yang menghiris hati umat Islam di Malaysia.

Tambahan lagi, beberapa hari yang lalu sebuah portal telah mendedahkan kenyataan kontroversi tokoh pembangkang ini yang antara lain, menuduh kitab suci al-Quran sebagai sebuah “kitab cetak rompak” yang juga “telah banyak kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-kurun” bagi menjadikannya “bermelodi dan mudah untuk dihafal”.

Beliau juga menuduh umat Islam sebagai sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal dengan meletakkan simbol bulan sabit di bahagian paling tinggi di masjid sebagai tanda kemakbulan doa pagan musuh tentera Islam ketika perang Badar.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*