Beckham Dan Neymar ‘Menyinar’ Di Paris Fashion Week

Pengaruh David Bekcham dalam dunia fesyen tidak perlu dipertikaikan lagi.

Suami kepada ahli kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham ini bijak dalam mencipta gaya maskulin ditambah sentuhan Victoria yang juga pereka fesyen jenama VB.


Baru-baru ini Beckham dilihat menghadiri pertunjukkan fesyen lelaki Louise Vuitton dalam Minggu Fesyen Paris.


Turut kelihatan bintang handalan Brazil, Neymar.


Kedua-dua pemain ini begitu ‘menyinar’ dengan jaket keemasan yang dipakai pada majlis itu.


Bekas dan bintang handalan pasukan PSG ini dilihat bertegur sapa sambil memuji pakaian masing-masing.

Malah, penjaga gol PSG, Kevin Trapp turut duduk di barisan hadapan bersama mereka.


Beckham ditemani isterinya Victoria dan anak sulung, Brooklyn. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *