Zaman Mahathir Banyak Projek Pembangunan Bawa Beban Tidak Perlu

Share This:

Ada projek pembangunan yang dilaksanakan di bawah pentadbiran bekas Pedana Menteri sebelum ini dilihat membawa beban yang tidak perlu kepada rakyat dalam bentuk sekumpulan kroni kapitalis untuk meraih kekayaan daripadanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan berikrar bahawa perkara ini akan dihentikan dan ia mengambil iktibar daripada kesilapan lampau dalam merancang transformasi ekonomi negara sambil mendepani banyak isu legasi sepanjang usaha itu.

Mengambil contoh pengangkutan awam, beliau berkata perkara itu telah diabaikan berdekad lamanya menyebabkan ia menjadi tidak keruan, dengan pemilik dan sistem yang berbeza, dan sudah tentunya tidak ada integrasi.

“Ketaksuban seseorang terhadap idea untuk menghasilkan kereta nasional – yang kini cuba dipulihkan di bawah pemilikan bersama antarabangsa – menjadikan Malaysia ketinggalan dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang efisien.

“Ini merupakan halangan serius terhadap cita-cita kita untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan bagi Kuala Lumpur menjadi ibu kota bertaraf dunia. Oleh itu kita telah mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan dan menyatakan bahawa pengangkutan awam menjadi keutamaan penting bagi kerajaan,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Merujuk kepada konsesi Janakuasa Bebas yang ditandatangani kerajaan ketika itu, Najib berkata ia begitu berat sebelah sehinggakan pengguna terpaksa membayar harga tinggi daripada yang sepatutnya untuk bekalan tenaga, malah untuk bekalan tenaga yang mereka tidak guna.

“Ini amat membebankan rakyat, oleh itu kerajaan berunding semula terhadap konsesi ini – dengan tekad pada masa depan, kita tidak akan membenarkan syarikat-syarikat persendirian meraih keuntungan berlebihan yang menjejaskan rakyat,” kata Najib.

Ringgit pula ditambat dengan dollar Amerika bagi tempoh yang terlalu lama sehinggakan pelabur dan pasaran global hilang keyakinan terhadap negara ini.

“Dan kita mengambil masa yang lama juga untuk mengembalikan keyakinan itu. Ini juga amat menjejaskan negara,” kata Najib sambil menegaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya tidak akan mengulangi langkah itu.

Perdana menteri turut menjelaskan mengenai apa yamg disifatkannya pakatan kempen untuk mensabotaj ekonomi Malaysia bagi kepentingan politik pihak tertentu.

Najib berkata kewibawaan institusi milik negara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dicabar dengan begitu kuat dan dijadikan senjata untuk membuktikan kononnya ekonomi Malaysia mengalami keruntuhan.

“Saya tidak mengetepikan isu ini begitu sahaja. Memang ada kegagalan dalam syarikat ini, kelemahan tadbir urus. Memang ada asas yang menimbulkan kebimbangan.

“Disebabkan itu saya telah mengarahkan siasatan yang paling komprehensif dan terperinci dilakukan dalam sejarah korporat Malaysia, siasatan yang melibatkan pelbagai pihak berkuasa termasuk jawatankuasa parlimen dianggotai parti kerajaan dan pembangkang.

“Dapatan siasatan mereka turut diambil kira – lembaga pengarah syarikat dibubar, pasukan pengurusannya ditukar dan operasinya dikaji semula,” katanya.

Najib menarik perhatian bahawa 1MDB telah menyusun semula asetnya, dan dengan hasil itu, ia mengambil pendekatan agresif untuk mengurangkan hutang kepada tahap paling rendah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*