Video Viral Lelaki Raba Kanak-kanak : Lelaki Di Tahan Polis

Seorang lelaki ditahan polis, disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah tapak pesta dalam video yang viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, suspek ditahan jam 3 petang tadi selepas pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Menurut sumber, suspek yang juga kenalan kepada keluarga kanak-kanak perempuan terbabit sebelum itu datang ke rumah keluarganya dan meminta kebenaran untuk membawa kanak-kanak itu keluar membeli makanan.

Mangsa hanya dihantar pulang ke rumah oleh suspek kira-kira jam 1 pagi. Ibu mangsa yang menyedari perbuatan suspek melalui klip video yang tersebar sebelum tampil membuat laporan polis pada pukul 12.43 tengah malam tadi.

Susulan laporan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda jam 2.50 pagi semalam, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan kesihatan.

Dalam pada itu, Saifi berkata siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang hubungan dengan keluarga mangsa, kecuali sebagai kenalan.

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *