AS Tak Rancang Masukkan Nama Malaysia Dalam Program Pengecualian Visa

Baru-baru ini, Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir mendedahkan AS tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menambah nama Malaysia ataupun mana-mana negara dalam senarai negara yang terlibat dengan program pengecualian visa mereka.

Menurut perunding JK Associates, Khen Han Ming yang merupakan seorang pakar keselamatan, Malaysia perlu meningkatkan kawalan keselamatan sekiranya mahu dimasukkan dalam program pengecualian visa Amerika Syarikat.

Ini kerana AS menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh dengan risiko keselamatan kerana mempunyai kaitan dengan pertempuran Marawi dan bersimpati dengan nasib Muslim Rohingya.

“Rakyat Malaysia terlibat dalam pertempuran Marawi antara pengganas dan tentera negara Filipina, bersimpati dengan nasib Muslim Rohingya dan ada antara mereka terlibat dengan sindiket jenayah rentas sempadan, penyeludupan manusia dan banyak lagi.”

“Semua ini menambah ke dalam profil risiko kami.” Dakwanya lagi seperti dalam FMT, AS mungkin merasa perlu berjaga-jaga terutamanya selepas Daesh mengalihkan tumpuan negara sasaran daripada Syria dan Iraq kepada Asia Tenggara dan radikalisasi yang semakin meningkat di rantau ini.

“Terdapat kebimbangan akan kepulangan rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan jihad luar. Kami (AS) sebenarnya mempunyai jumlah mereka daripada peperangan Afganistan.

Sebahagian daripada mereka kemudiannya menyertai Jemaah Islamiyyah dan IS.” “Ekstremisme politik merupakan satu lagi isu. Konservatisme Islam semakin menjadi-jadi,” dakwa Khen lagi.

Sebelum ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin pernah menegaskan bahawa Islam telah dieksploitasikan dan digunakan oleh kumpulan-kumpulan ini untuk meruntuhkan negara-negara Islam demi keuntungan mereka dan musuh Islam itu sendiri melalui isu terorisme atas nama Islam.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *