Siswazah Zaman Mahathir Lagi Ramai Menganggur Dari Zaman PM Najib Sekarang

Share This:

Kata-kata Mahathir Mohamad yang pernah jadi PM selama 22 tahun bahawa kewujudan graduan yang menjual nasi lemak dan memandu Grab atau Uber kerana tidak mahu rakyat tahu betapa gagalnya beliau sebagai PM walaupun beliau paling lama memegang jawatan itu.

Pada zaman beliau, kadar pengangguran begitu tinggi dan ada dua kali berlaku masalah ekonomi iaitu kemelesetan ekonomi dan kegawatan ekonomi menyebabkan ramai rakyat kehilangan pekerjaan pada masa itu.

Ketika bulan November tahun lepas, Najib berjaya merekodkan kejayaan dengan kadar pengangguran paling rendah dalam sejarah negara iaitu 2.7 peratus tetapi Mahathir merekodkan kadar pengangguran paling tinggi dalam sejarah iaitu 4.5 peratus.

Sekarang ketika Najib jadi PM sejak 2009, negara berjaya melahirkan graduan yang berdaya tahan dan tidak hanya mengharapkan kerja makan gaji sebaliknya mahu berusaha sendiri mendapatkan pendapatan. Selain usaha mendapatkan kerja, begitu ramai graduan muda yang sudah memulakan perniagaan.

Kebanyakannya menjual produk kesihatan dan kecantikan, aksesori telefon bimbit dan peralatan aksesori kereta. Ada juga yang menjual nasi lemak dan memandu perkhidmatan e-hailing. Pada pembentangan Bajet 2018 pada Oktober lepas, sebanyak RM3.5 bilion diperuntukkan untuk memperkasa Bumiputera menjadi agenda nasional.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengumumkan sebanyak RM555 juta disediakan untuk program peningkatan keusawahanan Bumiputera yang terdiri daripada Program Keusahawanan dan Premis Perniagaan (PUNB) sebanyak RM200 juta, Program Pembangunan Keusahawanan MARA sebanyak RM200 juta dan RM155 juta untuk program kapasiti vendor, Tunas Usahawan Belia (TUBE), Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) dan Skim Anjakan Usahawan.

Peluang berniaga lebih banyak daripada peluang pekerjaan yang terhad dan ia menjanjikan pendapatan yang lebih lumayan berbanding bekerja.

Zaman Mahathir, pinjaman yang boleh diperolehi hanya daripada bank sahaja dan syaratnya ketat serta jika menjalankan perniagaan, untuk ia berjaya amatlah susah kerana suasana ekonomi yang tidak menentu.

Graduan yang menganggur pada zaman ini, begitu cepat bertindan dan mula berusaha mencari pendapatan sendiri.

Begitu ramai usahawan muda dari bangsa Melayu berjaya mencipta kejayaan dengan berniaga. Lihatkan di lebuh raya utama di negara ini iaitu PLUS, banyak papan tanda besar mengiklankan perniagaan daripada Bumiputera yang menjual macam-macam jenis produk.

Selepas graduan yang berniaga berjaya, mereka juga membuka pula peluang pekerjaan kepada orang lain apabila mereka mula mengupah pekerja untuk menguruskan perniagaan.

Dek kerana graduan berdaya tahan dan mampu berdepan cabaran ramai graduan menjual nasi lemak dan berniaga, mereka tidak mahu melepaskan peluang yang begitu luas dan banyak disediakan kerajaan untuk mencari pendapatan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*