Saya Perjuangkan Sisi Kemanusiaan LGBT- Azrul Mohd Khalib

Share This:

Penjelasan Azrul Mohd Khalib jurucakap BEBAS,yang juga merupakan salah seorang Pengurus di IDEAS, kepada wartawan menara.my Kepada soalan, apakah seterusnya agenda pihaknya dalam mencapai maksud dan matlamat gerakkan dalam penubuhan BEBAS dan perjuangannya dalam isu LGBT dan Liberal, sama ada perjuangan itu sudah terkubur kerana tentangan hebat rakyat Malaysia atau ianya perjuangan seiring untuk mencapai maksud-maksud tertentu? Azrul Mohd Khalib berkata, penting untuk ditekankan bahawa isu-isu tersebut adalah dua isu yang berbeza.

 

Susulan kemunculan BEBAS yang menyatakan kumpulan mereka mahu menganjurkan perhimpunan membantah usaha Perkasa Syariah Pindaan Akta 355.

 

Katanya, paparan yang negatif terhadap mereka yang berfikiran liberal seakan-akan mereka pencetus masalah, keruntuhan akhlak dan pembawa fikiran dan amalan buruk di negara ini adalah jelas salah dan terpesong sama sekali.

 

Menurut sumber, Azrul mendakwa, penubuhan negara ini jelas berdasarkan nilai-nilai liberal dan sekular yang dibawa oleh tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman.

 

Dakwanya lagi, nilai-nilai liberal adalah sebahagian daripada struktur dan asas negara ini. “Menyentuh mengenai isu LGBT, apa yang saya perjuangkan dalam hal tersebut adalah perlindungan sejagat dan hak komuniti-komuniti ini dibawah undang-undang Malaysia.

 

Saya telah menulis mengenai isu-isu ini contohnya golongan maknyah dianiaya di dalam beberapa portal termasuk The Malaymail bagi memberi gambaran sebenar kepada masyarakat apa yang berlaku terhadap golongan tersebut.”

 

Menurutnya, adalah penting bahawa tidak kira apa pegangan agama, pemahaman individu, seksualiti dan gender seseorang itu, dari segi undang-undang ataupun perkara harian seperti mencari pekerjaan, individu tersebut tidak harus didiskriminasi.

 

“Termasuklah mereka dari komuniti LGBT mereka perlu dilayan secara adil dan saksama. Kesemua perkara diatas adalah konsisten dengan nilai-nilai saya”.

 

Menurutnya, dia tidak akan percaya sama sekali bahawa nilai-nilai keadilan dan kesaksamaan ditentang oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan hidup.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*