Polis Tahan Buruh Indonesia Rancang Serang Bukit Aman

Share This:

Lelaki warga Indonesia ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas Daesh, lapor Sinar Online

 
Difahamkan, suspek, 23, ditahan kerana merancang melakukan serangan ke atas Bukit Aman dan Balai Polis Travers bagi merampas senjata api dari stor senjata api.
 
 

Foto: Sinar Online
 
“Suspek ini juga merancang untuk mencuri senjata api di lain-lain balai polis dan kem-kem tentera untuk digunakan dalam serangan di Malaysia dan Indonesia.
 
“Malah, pada November tahun lalu, suspek membuat pemantauan di sekitar Jalan Pudu dengan bersenjatakan sebilah pisau bagi mencari mana-mana sami Buddha sebagai membalas dendam kekejaman terhadap Islam Rohingya, namun gagal,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
 
Selain berbai’ah dengan seorang pemimpin kanan Daesh menerusi aplikasi WhatsApp, suspek yang juga buruh binaan cuba merekrut beberapa warga Indonesia bagi menyertai kumpulan terbabit.
 

Suspek disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*