Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Clement Chin

Pihak berkuasa harus menyiasat kenyataan jahat pengasas bersama Himpunan Hijau- Anti Lynas yang mengatakan bahawa kitab suci Al-Quran adalah sebuah kitab cetak rompak dengan 70 peratus isi kandungannya dicedok atau ditiru daripada cerita lama yang ada sebelum kedatangan Islam.

Ia adalah satu tuduhan biadab bertujuan menyerang agama Islam. Ini bukan satu-satunya kenyataan negatif dia ke atas Islam kerana dia kerap mengeluarkan kenyataan seperti itu di media sosial, Facebooknya.

“Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70% cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru,” kata Clement.

Dia sebenarnya, pernah terlibat dalam kegiatan mengedarkan kitab Bible agama Kristian dalam laci hotel sewaktu berkerja dengan Gideon International di Kuantan.

Lagi tuduhan jahat, dia mengatakan bahawa Al-Qurah telah diubah berkali-kali dalam tempoh ratusan tahun dengan tujuan untuk menjadikannya seperti berlagu dan mudah dihafal.

“Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran?”

“Al-Quran telah banyak kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-berkurun ini bagi menjadikannya “bermelodi” dan mudah untuk dihafal,” katanya lagi.

Dia juga ada menyertai gerakan agama Kristian di negara ini untuk menggunakan kalimah Allah dengan bebas untuk agama mereka selain Islam yang pernah mencetuskan kontroversi di negara ini.

Badan bukan kerajaan (NGO) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam hal ini begitu bimbang dengan tindakan berkenaan yang dilihat semakin berunsur kurang ajar dengan menghina Islam secara lantang dan jelas.

Ketua Biro Islamiyat ISMA, Omar Kassim berkata, ia berlaku kemungkinan disebabkan tidak ada tindakan dan penguatkuasaan tegas biarpun desakan sudah berulang kali dibuat.

“Siapa dia untuk bercakap mengenai al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam? Sudah terang lagi bersuluh apa yang dilontarkan terlalu celupar.

“Pihak polis tidak boleh lagi mendiamkan diri. Lelaki ekstremis ini perlu di tangkap serta-merta. Seluruh umat Islam mesti merasa terhina dan marah dengan kenyataan itu,” katanya di portal ismaweb.net, hari ini.

Kenyataan Clement dalam Facebooknya begitu melampau dan perlu diambil tindakan segera supaya umat Islam tidak terkeliru dengan tindakan seperti ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *