Kebal, Berkali-kali Diserbu Pusat Seks Tetap Beroperasi

Share This:

Bagaikan kebal, sebuah pusat urut yang menjalan servis seks digempur lagi malam tadi.

Memetik Astro Awani, biarpun premis tersebut diserbu berkali-kali pihak berkuasa dan tindakan dikenakan sebelum ini, sindiket masih beroperasi seperti biasa.

Enam wanita warga Vietnam yang dipercayai dijadikan pekerja seks ditahan bersama seorang bapa ayam di pusat urut tersebut yang terletak di Petaling Jaya malam tadi.

Anggota Bahagian Anti-Maksiat D7, IPK Selangor turut merampas 19 keping kondom dan pelbagai peralatan seks di kaunter presmis tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mampu mengaut keuntungan sehingga RM2,000 setiap hari.

Operasi yang bermula dari jam 10 malam itu berakhir sejam kemudian.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*