Invest Malaysia 2018 : PM Maklumkan Akan Bincang Semula Konsesi Berat Sebelah

Share This:

Perdana Menteri hari ini memberikan berita baik kepada rakyat bahawa kerajaan sedang membincangkan semula beberapa perjanjian konsesi yang berat sebelah ditandatangani oleh kerajaan terdahulu untuk memastikan tidak ada syarikat swasta atau kroni menikmati pendapatan besar sehingga memberi beban kepada rakyat.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata demiian ketika berucap merasmikan progam Invest Malaysia 2018 di ibu negara hari ini.

Beliau merujuk kepada beberapa dasar yang ditandatangani kerajaan khususnya semasa era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad seperti konsesi penjana tenaga bebas (IPP) yang menyebabkan rakyat terpaksa menanggung tarif elektrik yang tinggi.

Malah katanya, penstrukturan lain yang sedang diusahakan kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang selama ini tidak menjadi keutamaan pemimpin terdahulu yang terlalu obses kepada penghasilan kereta nasional.

“Ini semua membebankan rakyat, oleh itu kerajaan membincangkan semula konsesi-konsesi yang ditandatangani. Kita tidak mahu syarikat-syarikat swasta ini menjana pendapatan berlipat-ganda sehingga menjejaskan rakyat,” katanya.

Dalam majlis itu, ia dihadiri oleh kira-kira 2,000 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli korporat tempatan dan asing.

Tambah Najib, kerajaan di bawah kepimpinannya telah mempelajari banyak kesilapan pentadbiran lama yang perlu diperbaiki, khususnya ekonomi berasaskan kroni yang telah menghimpit kehidupan rakyat biasa.

“Kita akan menjadikan negara ini lebih mesra perniagaan dan pada masa sama meningkatkan ketelusan dan kecekapan,” katanya.

Selepas ini, tidak ada lagi syarikat swasta yang boleh mengharapkan pihak tertentu dalam kerajaan untuk memberikan kemudahan kepada mereka secara salah dan mengharapkan akan dapat pendapatan berlipat kali ganda.

Rakyat yang benar-benar berfikir akan dapat merasakan kesan positifnya selepas konsesi ini dikaji semula kerana beban rakyat akan berkurangan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*