Dituduh Bersara Kerana Tak Laku, Altimet Kecil Hati

Share This:

Selepas Altimet mengeluarkan kenyataan ingin bersara dalam insdustri seni, ada pula komen negatif netizen yang membuat kesimpulan tentang keputusan mengejut ini dengan mengatakan lagu-lagunya tidak laku di pasaran.

Altimet yang terkenal dengan lagu yang berunsur sinis dan nasihat membalas komen pengikutnya di Instagram serta mengakuinya sendiri bahawa lagunya memang kurang mendapat sambutan. Jualannya pula belum pernah mencapai RM2 juta.


Walaupun netizen tersebut telah memohon maaf, Altimet tetap membuat penjelasan tentang kehidupannya yang kini lebih selesa dan tidak lama lagi bebas menanggung beban hutang.

Foto: IG Altimet

Sungguhpun menyedari bahawa artis pada masa kini lebih suka menunjukkan kemewahan yang diperolehi di media sosial, namun tidak bagi Altimet kerana itu bukanlah sifatnya.

Foto: Facebook Altimet

Menurutnya lagi, wang simpanan dan hartanya cukup untuk dirinya meneruskan hidup bersama keluarga tercinta.


Kisah persaraan Altimet ini sudah lama di umumkan pada awal tahun lalu, tetapi ia kembali menjadi isu apabila netizen memberi tanggapan negatif pada hidupnya.


Ramai yang tidak tahu bukan mudah menjadi artis yang perlu mencari ruang sendiri untuk meningkatkan potensi diri. Jika tidak berusaha, memang tenggelam dan mula dilupai kewujudan mereka dalam industri seni tambahan pula sekarang ramai pendatang baru yang berjinak dalam bidang seni. Kemewahan yang digambarkan di media sosial tidak sama dengan apa yang dilalui secara realiti.

Foto: IG Altimet

Bagi peminat Altimet di seluruh tanah air bolehlah terus mengundi penyanyi rap kegemaran mereka ini dalam Anugerah Meletop Era 2018 bagi kategori ‘Penyanyi Meletop’, ‘Group / Duo Meletop’ dan ‘Lagu Meletop’.

Foto: IG Altimet

Tidak mengapalah Altimet! Rezeki itu luas kalau kita tidak putus asa mencari. Biarlah orang tidak faham kita, yang penting kita fokus dengan matlamat hidup kita. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*