Bintang Porno Dedah Dapat Mesej Lucah Daripada Budak 12 Tahun

Bintang filem porno mendedahkan pernah menerima mesej lucah daripada kanak-kanak seawal usia 12 tahun di laman sosial.


Memetik Mirror, Nikita Bellucci, 28, meletakkan kesalahan ke atas ibu bapa kerana tidak memantau anak mereka selain tidak memberi kesedaran mengenai pendidikan seks.

Menerusi laman Twitter, Nikita berkata, dia menerima mesej berbaur lucah daripada kanak-kanak.


Bukan setakan meminta gambar bogel, lebih parah mereka meminta untuk melakukan seks dengan bintang porno itu.

“Saya takkan bagi gambar saya kepada kamu, sebaliknya saya akan menghantar tangkap layar perbualan ini kepada ibu bapa kalian.

“Lebih baik kamu pergi buat kerja sekolah dan berhenti menghantar mesej kepada saya,” balasnya.


Dalam masa sama, Nikita menegaskan ibu bapa sepatutnya memantau segala aktiviti anak mereka ketika melayari Internet selain menyeru ibu bapa untuk memberi kesedaran mengenai pendidikan seks kepada anak.



Foto: Mirror/Twitter Nikita Bellucci



“Orang selalu cakap perkara ini normal bagi budak lelaki yang sedang menginjak remaja.

“Tapi mereka salah kerana tindakan budak-budak ini sebenarnya boleh dikawal, namun sebaliknya ibu bapa memilih untuk membiarkan mereka,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *