Beberapa Pemimpin PAS Terengganu “Berhaluan Kiri” Bakal Sertai PAN?

Share This:

DESAS desus beberapa pemimpin PAS Terengganu “berhaluan kiri” bakal menyertai PAS sedang bertiup kencang di kalangan mereka. Senario ini sudah tentu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional yang memerintah Terengganu.

Kemelut dalaman yang berlaku dalam parti PAS Terengganu tidak dapat dibendung lagi. Wakil Rakyat PAS yang kecewa dengan Presiden PAS Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dikatakan hanya menunggu masa baiah talak tiga habis sebelum mereka menyertai Parti Amanah Negara (PAN)

Beberapa wakil rakyat PAS dilihat konsisten menyerang UMNO sedangkan Hadi tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi untuk berbuat demikian.

Pada tahun 2015, Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah didesak agar meletakkan jawatan kerana sudah menyertai PAN. Malah beliau menjadi pengerusi PAN untuk negeri Terengganu.

Raja Kamarul Bahrin telah menandatangani Baiah pada 18 April 2013 di Rusila, Marang. Beliau secara sukarela telah melafazkan sumpah baiah itu di depan Haji Hadi, saksi-saksi, kepimpinan PAS dan calon PAS untuk pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

Antara yang terkandung dalam lafaz sumpah itu ialah beliau perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen sekiranya meninggalkan parti, melompat parti atau dipecat.

Sekiranya beliau tidak melakukan perkara tersebut, maka pendapatannya dan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat itu adalah haram.

Menurut sumber dalaman PAS, lafaz baiah bagi calon pilihan raya di Terengganu tidak membabitkan taklik perceraian talak tiga bersama isteri mereka kerana ia hanya dilaksanakan di Kelantan.

Namun perkara tersebut masih terus menghantui para wakil rakyat PAS yang ingin melompat parti. Mereka dikatakan tetap mahu menunggu sehingga tempoh baiah tersebut tamat sebelum berbuat demikian.

– pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*