ADA GANJARAN YANG DIKENAKAN CUKAI

Share This:

Sesetengah pekerja mendapat pampasan dan ada juga mendapat ganjaran atas sebab sesuatu berdasarkan perkhidmatan yang telah diberikan kepada majikan.

Apabila seorang individu berhenti kerja kerana meletak jawatan atau bersara, beliau mungkin dibayar manfaat pemberhentian sekaligus berhubung dengan tempohperkhidmatan beliau yang panjang.

Jika bayaran tersebut adalah berkaitan dengan perkhidmatan pekerja yang lalu, pada umumnya ia akan disifatkan sebagai ganjaran.

Manakala dalam kes lain, keadaan tertentu setiap kes akan menentukan sama ada manfaat pemberhentian merupakan suatu bayaran ganjaran atau pampasan atas kehilangan pekerjaan.

Ada juga kes di mana ganjaran diperolehi akan dikenakan cukai dan ini tertakluk kes-kes yang dapat dibuktikan tidak layak untuk mendapat pengecualian cukai.

Sebagai contoh Ahmad telah bekerja dengan majikan yang sama selama 20 tahun. Beliau berkhidmat sebagai seorang pengurus projek selama 10 tahun. Sepanjang 3 tahun yang lepas, beliau kerap mendapatkan rawatan perubatan untuk pelbagai isu kesihatan seperti darah tinggi, pra kencing manis, sakit belakang kronik, migraine, arthritis dan frozen shoulder.

Pada 1 Jun 2016, Ahmad memutuskan untuk memilih persaraan awal pada umur 54 tahun walaupun beliau masih boleh berkerja jika beliau mahu.

Majikan Ahmad menerima permintaan beliau untuk bersara awal berdasarkan laporan perubatan daripada doktor panel syarikat berkaitan penyakit beliau dan dokumen yang membuktikan rawatan perubatan yang diberikan.

Syarikat membayar Ahmad sebanyak RM300,000 pada tahun 2016 sebagai ganjaran persaraan mengikut polisi syarikat.

Berdasarkan Jadual 6, Akta Cukai Pendapatan, pengecualian cukai sebanyak RM1,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan atas bayaran ganjaran yang telah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2016.

Oleh itu Ahmad layak untuk pengecualian sebahagian atas ganjaran persaraan berjumlah RM300,000 atas persaraan awal beliau. Amaun yang layak untuk pengecualian adalah sebanyak RM20,000 (RM1,000 X 20 tahun genap perkhidmatan).

Namun begitu, baki sebanyak RM280,000 (RM300,000 tolak RM20,000) akan dikenakan cukai dalam tahun ia diterima (tahun taksiran 2016).

Tambahan lagi, Ahmad tidak layak untuk pengecualian penuh atas ganjaran persaraan memandangkan beliau tidak dapat membuktikan sehingga kepuasan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri bahawa persaraan beliau disebabkan oleh gangguan kesihatan.

Walaupun beliau menghidap pelbagai penyakit yang menggangu prestasi dan produktiviti beliau seperti yang diperakui oleh doktor panel syarikat, beliau tidak disahkan sebagai tidak boleh terus bekerja secara kekal.

Selain itu, beliau bersara sebelum mencapai umur 55 tahun walaupun telah bekerja dengan syarikat yang sama melebihi 10 tahun.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi atau melayari Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau berhubung dengan Hasil Care Line di talian 1-800-88-5436.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*