“Tanya Pun Kena Block!”- Instafamous Kantoi Menipu Jual Serum Timbang Kati ?

Share This:

Syafiqah Aina, seorang Instafamous yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Hafiz Mahamad.


Bagi yang masih ingat, pasangan ini memang selalu viral sebab penuh dengan kejutan dan cerita-cerita romantis percintaan mereka berdua.


Namun bukan segalanya indah, bila baru-baru ini Hafiz dikecam gara-gara menyatakan yang isterinya dahulu pernah gemuk dan hitam! Disebabkan dia pandai jaga dan rawat, Syafiqah Aina sekarang sudah cantik dan kulitnya ‘flawless’.

Terbaru, Syafiqah Aina telah melancarkan produk penjagaan kulit iaitu serum dan memuat naik testimoni produknya dengan menyatakan dia menggunakan produk tersebut untuk ‘flawless’.


Walau bagaimanapun, ada pengikutnya yang mempersoalkan di manakah serum tersebut dihasilkan dan proses-proses yang terlibat dalam menghasilkannya.

Maklumlah sekarang ini berlambak produk tiruan, dan krim timbang kilo, sekaligus membuatkan pelanggan juga takut tertipu. 


Apatah lagi bila ada pihak yang mendakwa Aina sebenarnya ‘flawless’ bukan disebabkan serum yang dijualnya, sebaliknya dia mendapatkan khidmat sebuah klinik pakar kulit terkenal.

Ramai telah menegaskan yang mereka mereka mempunyai hak sebagai pengguna untuk tahu tentang maklumat sesuatu produk yang dijual.

Bila ramai yang menyoal, Syafiqah Aina didakwa memadam komen tersebut dan telah menyekat beberapa pengguna. 

Antara thread di Twitter yang turut membincangkan tentang isu yang sama:


Buat Syafiqah Aina, jika profesional haruslah bijak menjawab setiap soalan  yang berbangkit. Jika benar produk yang dihasilkan dan dijual untuk membantu wanita di luar sana menjadi flawless, apa nak ditakutkan bukan?


Apa pendapat anda?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*