Rozita Che Wan Bakal Muncul Sebagai Penyanyi

Sebelum ini, usahwan terkenal seperti Dato Vida, Aliff Syukri,dan Sajat menceburkan diri dalam bidang nyanyian , kini pelakon terkenal dan juga usahawan kosmetik, Rozita Che Ta Wan bakal membuat kemunculan sebagai penyanyi pula nanti. Siapa sangka Che Ta didekati ramai pencipta lagu terkenal tetapi meminati Hazami untuk menghasilkan lagu untuknya.

“Dalam soal nyanyian ini, saya memang serius, apatah lagi Hazami juga beriya-iya mahu saya menyanyikan lagu ciptaannya. Sebelum ini, saya pernah didekati penggiat seni lain seperti Eddie Hamid dan Imran Ajmain yang menawarkan peluang serupa”

“Namun, mungkin ketika itu saya belum bersedia. Waktu itu pun, Imran mencari pelakon sebagai rakan duet dan bukannya penyanyi. Saya pun tak pernah terfikir nak jadi penyanyi selama ini. Jadi, mungkin lagu balada atau irama Malaysia sesuai dengan saya”

Menurut sumber berkata, turut menyokong hasrat Che Ta, Hazami memberitahu mungkin tidak ramai yang mengetahui suara Che Ta sedap mengalunkan lagu berentak irama Malaysia. Disebabkan itu Hazami mendapat idea untuk mencipta lagu berentak irama Malaysia moden untuk Che Ta nanti.

“Sebenarnya, teman saya yang juga pekerja Che Ta pernah merakamkan video dia menyanyi lagu tradisional secara rahsia. Saya dapati, dia mempunyai alunan suara yang baik dan bukan jenis yang menjerit”

“Jadi, mungkin saya akan menghasilkan lagu berentak irama Malaysia dengan sentuhan moden. Mungkin juga kita boleh ajak suaminya, Zain, untuk menyanyi rap dalam lagu berkenaan,” jelasnya kepada sebuah media.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *