‘Pocong’ Melompat Takutkan Pengguna Jalan Raya

Share This:

Baru-baru ini tular di media sosial video seorang lelaki menyamar sebagai hantu pocong dan seorang lagi lelaki dipercayai rakannya ditahan polis.

 

Difahamkan, dua lelaki terbabit merancang berbuat demikian untuk tujuan bergurau dan menakutkan pengguna jalan raya di Bukit Pinang, Kota Setar, Kedah.

 

Menurut sumber berkata, berdasarkan beberapa video yang viral, lelaki yang memakai kain putih itu disuruh melompat tanpa henti akibat perbuatannya yang tidak bertanggungjawab itu.

 

“Lompat sampai mampos! Nak sangat orang sangat. Hang lompat! Lompat!” demikian tegas dua lelaki yang dipercayai anggota polis peronda yang menahannya.

 

Sementara itu di media sosial, netizen menganggap perkara itu menggelikan hati mereka, selain mengatakan padan muka kepada ‘pocong’ berkenaan.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*