Ibu Heret Anak Nakal Belakang Skuter

Share This:

Seorang ibu mengikat tangan anak lelakinya di belakang skuter sebelum bertindak kejam mengheret kanak-kanak itu di sepanjang jalan.

Rakaman video kejadian yang berlaku di Tenggara China itu tular di media sosial baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi ramai.

Laporan akhbar tempatan menyatakan, ibu tersebut melakukan tindakan itu dengan alasan untuk mengajar anaknya yang terlampau nakal.

Seoang saksi cuba menghentikan wanita tersebut, namun dimarahi kerana mendakwa dia sudah beberapa hari melakukannya.

Saksi yang dikenali sebagai Youku menyatakan, dua beranak tersebut dilihat melalui jalan di kawasan Zhaotong, wilayah Yunnan.

Sumber menambah, anak lelakinya yang berusia lingkungan 10 tahun itu dikihat menangis ketika diheret.

Netizen China menganggap wanita tersebut sebagai seorang ibu yang langsung tiada belas kasihan.

Ramai yang mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan kerana bimbang akan mencederakan anaknya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*