Hadap! Che Ta Pun Nak Jadi Penyanyi

Share This:

Siapa tidak kenal artis jelita yang sentiasa mencuri perhatian dengan penampilan serba mewahnya, Rozita Che Wan.


Selain mengacara, berlakon dan menjadi seorang usahawan Che Ta kini akan melibatkan diri dalam bidang nyanyian tidak lama lagi.

Foto: IG Rozita Che Wan

Hazami, komposer terkenal ini akan membantu merealisasikan impian Che Ta dan ini menambahkan lagi keterujaan Che Ta untuk fokus dengan lebih serius dalam bidang ini.

Foto: IG Hazami

Hazami orang yang bertanggungjawab ‘memujuk’ Che Ta untuk teruskan impiannya dan sebelum ini pernah juga penggiat seni lain seperti Eddie Hamid dan Imran Ajmain menawarkan peluang yang sama. Imran ketika itu mencari seorang pelakon untuk duet tapi bukan menyanyi.

Foto: IG Rozita

Disebabkan dia masih tidak bersedia untuk komitmen baru ini, dia menangguhkan hasratnya dulu dan baru kini dia terbuka hati untuk menerimanya sekali lagi apabila mengetahui bakat Hazami yang sememangnya terserlah dalam mencipta karya yang segar untuk dipersembahkan.


Che Ta tidak mengehadkan kemampuannya untuk genre tertentu namun dia lebih merasakan lagu balada dan irama Malaysia adalah yang sesuai untuknya.


Buat masa ini, Hazami sedang sibuk menyiapkan lagu Azharina dan Aishah dan kemudian barulah akan memberi perhatian kepada Che Ta.


Apabila ditanya apa kebolehan yang dilihat oleh Hazami terhadap Che Ta, dia pun menjawab sebelum ini dia pernah mendengar temannya yang merupakan pekerja Che Ta merakamkan video secara rahsia dan kedengaran suara Che Ta memang sesuai untuk diketengahkan dalam bidang nyanyian. 

Foto: IG Zain Saidin

Kemungkinan Hazami akan menghasilkan genre irama Malaysia yang akan diberi sentuhan moden. Suami Che Ta pula, Zain Saidin boleh menyanyikan rap dalam lagu berkenaan.

Wow, tidak sabar rasanya mendengar lagu Che Ta hasil sentuhan Hazami. Che Ta sendiri pun sudah bersedia untuk dikritik! 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*