Dyana Sofya : Seorang Anak Muda Cermin Kegagalan DAP

Para pemimpin DAP dan Pakatan Harapan (PH) begitu bersungguh mempertahankan kenyataan Pengerusi PH, Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa graduan yang menjual nasi lemak dan memandu kenderaan Uber sebagai gambaran sebuah negara memalukan walaupun kenyataan Mahathir itu hanya bertujuan memburukkan negara.

Ekoran kenyataan itu, Naib Ketua Pemuda MCA Nicole Wong memberikan reaksinya dan mendedahkan bahawa Mahathir juga pernah menjual pisang goreng ketika zaman Perang Dunia Ke-2 dulu.

Kenyataan itu mengundang, pemimpin belia wanita DAP Dyana Sofya Mohd Daud yang mempertikaikan kenyataan Nicole memperlekehkan kenyataan berkenaan, di media sosial Facebooknya.

“Adakah Nicole ingin mengatakan bahawa keadaan negara sekarang terlalu teruk bagai Perang Dunia Ke-2 sehingga graduan anak muda terpaksa menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber,” kata Dyana yang amat dangkal.

Menurutnya, universiti di Malaysia seakan-akan membazir kerana sudah melatih anak-anak muda Malaysia selama bertahun-tahun dalam pelbagai jurusan profesional tetapi kemudian menjual nasi lemak atau memandu kenderaan e-hailing. Seorang pun pemimpin dari DAP tidak menyebut soal peluang untuk berniaga dan mencari pengalaman sebagai sebab mereka untuk berniaga atau tidak bekerja.

Apa yang lebih mustahak, graduan orang muda di negara ini lebih cenderung untuk mencari pendapatan tanpa perlu mengikut arahan majikan dan terpaksa bekerja ikut waktu pejabat. Mereka lebih suka bebas dan boleh menguruskan masa sendiri.

Apa salahnya, jika peluang menjual nasi lemak dan memandu Uber atau Grab membolehkan mereka dapat pengalaman belajar menguruskan masa pada masa sama mendapat pendapatan yang lumayan.

Kenapa Dyana tidak nampak soal ini?

Kemudian, Dyana mempersoalkan kenyataan Nicole yang mengatakan bahawa graduan mungkin boleh menjual badan menjadi pelacur atau merempit sekiranya tidak menjual nasi lemak. Ini hanyalah perumpamaan, adakah Mahathir mahu melihat graduan melakukan perkara begitu kerana mahu mengelak dari menjual nasi lemak.

Mahathir dan pemimpin DAP ini semuanya buta, kebanyakan mereka yang jual nasi lemak, tidak ramai yang terpaksa meminjam atau berhutang untuk modal sebaliknya mereka ada modal mereka sendiri untuk digunakan untuk menjual nasi lemak dan mereka menjualnya dengan teratur dan pembungkusan yang kemas

Tidak kurang juga yang menjual menggunakan media sosial sebagai platform pemasaran mereka untuk mencari pelanggan.

Graduan yang jual nasi lemak dan memandu Uber pandai merancang masa depan mereka sendiri dan berjaya menjana pendapatan yang lebih baik jika bekerja.

Barisan Nasional (BN) bukan gagal tetapi BN sebenarnya berjaya melahirkan anak muda yang tidak takut menghadapi cabaran masa depan hanya dengan mengharapkan pekerjaan sebaliknya berani berusaha sendiri memajukan diri. Semuanya hasil peluang yang diberikan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

DAP dan parti pembangkang lain yang sebenarnya gagal dalam menjalankan amanah sebagai wakil menyelesaikan masalah rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *