DAP Di Pulau Pinang Umpama Israel Ceroboh Palestin

Share This:

Kini sudah terbukti bahawa Pulau Pinang dan Selangor adalah dua buah negeri yang gagal dalam urusan mentadbir oleh kerajaan Pakatan yang diketuai oleh DAP dan PKR. Kegagalan yang amat nyata dan seharusnya menjadi iktibar.

Iktibar yang mana menukar kerajaan  bukan semudah  seperti  menukar baju dibadan. Kini kedua buah negeri tersebut sedang menuju kearah kehancuran  dan peningkatan defisit  yang tidak masuk akal telah berlaku.

Mana tidaknya , tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan  Barisan Nasional dimana defisit sebuah negeri yang  hampir mencecah RM1billion. Sedangkan pada masa yang sama kepentingan dan keperluan rakyat diabaikan sepenuhnya.

Penipuan serta penindasan terus dilakukan oleh kerajaan pimpinan DAP terhadap rakyat di Pulau Pinang. Tidak cukup dengan pengusiran  dan pemusnahan kampong Melayu di sana , DAP terus mencipta keangkuhan.

DAP lagaknya seperti seorang hero yang mampu menyelesaikan setiap permasalahan sebelum pilihanraya yang lalu telah menjanjikan syurga keindahan kepada rakyat. Syurga yang dijanjikan dikatakan tidak mampu dilaksanakan oleh kerjaan pada masa itu.

DAP terus mencanangkan kehebatan mereka dalam merancang setiap aspek pembangunan yang berteraskan kepentingan rakyat kononnya. Rakyat kagum dengan agenda tersebut. Maka rakyat dilaungkan untuk menyingkirkan kerajaan BN yang sedia ada.

Slogan “Ubah” dilaungkan untuk membawa raksaksa keadilan DAP sebagai tampok pemerintah di Pulau Pinang. Semua bersorak kegembiraan apabila DAP memenangi pilihanraya dan  janji pertama yang ditunaikan oleh DAP ialah memberikan sumbangan didalam sebuah Tokong kerpada warga tua sebanyak RM100 dari pelbagai kaum.

Maka kembang dada dan mengepak tangan segala pencacai dan terus mendabik dada  dengan simpati yang di sumbangkan oleh DAP kepada mereka. Pada masa yang sama  mereka lupa bahawa kerajaan BN telah melakukannya sejak mereka berada didalam kandungan ibu masing masing lagi.

Kerajaan dalam memastikan tahap kesihatan rakyat terus diberikan perhatian sejak seorang ibu  mengandung lagi. Semua ini telah dilupakan oleh sebilangan manusia yang tidak mengenang budi akibat terhasut janji syurga oleh DAP.

Semuanya sekarang tidak ada satu pun kebaikan kerajaan terhadap mereka, apa yang mereka nampak hanya penindasan susulan beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh mereka terhadap kerajaan.

Sumbangan RM100 bukan percuma bagi DAP, setiap pemberian ada ganjaran yang terpaksa rakyat Pulau Pinang bayar.  Sebagai parti yang bertuhankan kekayaan dan wang , DAP akan terus mencari sesuatu untuk mengambil semula apa yang telah diberikan.

Tindakan pertama  ialah penghapusan perkampungan  Buah Pala yang telah berdiri tegak sejak 50 tahun yang lalu. Rampasan tanah dan menghalau penduduk kaum India ditanah tersebut diiringi dengan linangan air mata.

Begitu juga dengan bangsa Melayu sebuah demi sebuah perkampungan dihapuskan hanya kerana alasan pembangunan dan nilai tanah yang begitu tinggi. Dengan pampasan yang tidak seberapa kaum Melayu India dihalau seperti anjing kurap ditanah kelahiran mereka.

Tahukah anda, rumah mampu milik di Penang berharga RM1.5 juta? Inilah yang terjadi di Penang apabila DAP membenarkan pembangunan setinggi 155 unit/ekar untuk mendirikan kondo mewah.

Tapi lihatlah bagaimana DAP memutar-belit isu ini. “Kami hanya membenarkan pembinaan berkepadatan tinggi bagi projek rumah mampu milik, kita tidak mahu pemaju raih keuntungan daripada projek pembangunan lebih tinggi,” kata exco DAP Japdeep Singh.

Kondo mewah kini rumah mampu milik di Penang ke? Jelas agenda utama mereka lain, sebaliknya ‘pesta jualan tanah’ kepada pihak luar telah berlaku sejak mereka memerintah Penang. DAP benarkan pembangunan kondo dan hotel mewah untuk kerajaan negeri memperolehi berbilion-bilion ringgit setahun.

‘Rumah mampu milik’ di Penang berharga antara RM400,000 hingga RM1.5 juta. Ia jauh berbeza dengan rumah mampu milik kerajaan pusat yang hanya RM72,500. Tidak dapat dibayangkan, jika mereka ambil alih Putrajaya, apakah rakyat akan hidup di jalanan kerana tak mampu memiliki rumah sendiri?

Tindakan DAP ini tidak ubah seperti Israel yang menceroboh tanah Palestin di Gaza. Kaum asal ditindas dan kaum pendatang diberikan kebebasan yang luas tanpa sekatan. Peniaga kaum Cina di Pulau Pinang dilayan seperti raja dan boleh mencari rezeki walaupun  terpaksa menutup jalan.

Tetapi perkara ini tidak akan berlaku terhadap kaum Mamak , India dan Melayu di Pulau Pinang. Mereka ditindas dengan kejam, Warung rezeki mereka dirobohkan tanpa ada sedikit belas kasihan.

Rakyat Pulau Pinang diasak lagi , kini janji tol  Sungai Nyior yang mahu dihapuskan terus dinaikan kadar bayaran nya.  Janji hanya tinggal janji, Kuasa veto digunakan untuk menghalang setiap penentangan terhadap DAP.

Bukan itu sahaja, DAP terus rakus membotakkan setiap inci gunung ganang yang boleh menghasilkan wang berjuta, krisis alam sekitar yang terus telah menyebabkan Pulau Pinang dilanda banjir setiap kali musim hujan.

Isu kenaikan tarif air dilakukan, sistem percukaian diubah sehinggakan mahu tidur dihotel pun katil terpaksa dikenaka cukai. Namun penerima bayaran dari DAP terus mengatakan bahawa itu amalan yang bijak dan baik.

Rakyat ditindas lagi dengan  projek penambak laut yang telah membunuh punca pencarian nelayan kecil di Pulau Pinang. Nasi sudah menjadi bubur, memang benar slogan “ubah” telah mengubah segalanya. Kini DAP sedang mengubah infrastruktur Pulau Pinang untuk dijadikan kekayaan mereka.

Rakyat telah dimangsakan untuk menjadikan DAP serta pemimpin mereka kaya raya. Cuba ditanya sekarang apakah Pulau Pinang seperti sebelum ini dimana rakyat bebas melakukan apa sahaja  untuk mencari rezeki.

Kini tarif air dinaikakn lagi sehingga 100%- Rakyat Pulau Pinang sedang bergembira dengan kenaikan ini. Kegembiraan mereka seperti sewaktu menerima DAP sebagai pemerintah yang amat perihatin seperti Khalifah Umar Abdul Aziz yang diagongkan oleh orang Melayu pakatan terhadap  Guan Eng.

Sekarang Khalifah yang diagongkan oleh orang Melayu itu kini sudah bertukar menjadi Nazi yang sedang mencincang Zionist satu ketika dahulu. Tiada apa yang perlu dikesalkan lagi. Tanah kerajaan kian mengecil, Wnag Rakyat diagihkan mengikut kehendak diri dan bukan untuk rakyat.

Ini lah DAP yang mana satu ketika dahulu dianggap sebagai penyelamat dan kini sebagai pembunuh keharmonian dan perpaduan serta menjadi kumpulan perkauman yang tiada tolok bandingnya diantara parti politik di Malaysia.

Cukup lah kali ini, orang melayu harus menguburkan DAP dalam apa cara sekali pun dan membina semula kehidupan yang telah dirampas dan dimusnahkan oleh DAP. PRU14 bakal datang, jika tida kesedaran lagi- Tiada apa yang perlu dirungutkan.

 – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*